Bobohizan Press: Selamat Datang Ke Portal Berita Bebas Sabah

BOBOHIZAN PRESS (17 July 2015): Bobohizan Press adalah sebuah journal bebas yang ditubuhkan untuk memberikan berita, kongsian ilmu dan kupasan isu-isu menarik dari Sabah, dalam dan luar negara.

Portal berita ini tidak tertakluk pada mana-mana pertubuhan politik, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ataupun mana-mana individu yang mempunyai kepentingan.

Ia terbuka kepada mana-mana individu yang berminat untuk memberikan pendapat, pandangan tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

Walau bagaimanapun, isu-isu sensitif seperti perkauman, agama dan kenyataan-kenyataan berbentuk peribadi adalah tidak digalakkan.

Antara isu-isu yang diberi tumpuan dalam portal ini termasuklah isu politik terkini yang songsang, diselubungi dengan rasuah, padat dengan penyelewengan dan dicacatkan oleh pemimpin-pemimpin politik yang rakus.

Portal ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada para pemimpin yang merosakkan maruah bangsa dan negara dan memberikan berita terkini berhubung dengan agenda-agenda yang berkepentingan kepada negara.

Penulis-penulis dalam portal ini terdiri daripada segenap lapisan masyarakat dari Sabah yang mempunyai pendirian yang mungkin berbeza.

Pandangan penulis dalam satu-satu artikel adalah pandangan peribadi beliau sendiri dan tidak semestinya pandangan rasmi Bobohizan Press.

Sekiranya anda berminat untuk turut serta, hubungi kami sekarang.

Bobohizan.

Bobohizan Press

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *