FBI Memulakan Siasatan keatas 1MDB dan Najib!

Share the spells

Washington DC, 20 Sept 2015: FBI telah membuka siasatan keatas 1MDB dan Najib yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyucian duit (money-laudering), menurut sumber yang boleh dipercayai, WSJ melaporkan.

Skop siasatan badan penyiasatan utama bagi Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) itu belum dapat dipastikan. Ia merupakan salah satu daripada siri penyiasatan antarabangsa berkaitan dengan 1MDB dan Najib sejak beberapa minggu lepas.

Siasatan negara luar tertumpu kepada entity yang berkaitan dengan 1MDB, yang ditubuhkan oleh Perdana Mendteri Najib Razak pada tahun 2009 untuk menjana ekonomi negara. Dana tersebut mengalami kesukaran untuk membayar balik lebih daripada US$11 billion hutang dan menjadi tumpuan siasatan yang menyebabkan ketidak-stabilan negara.

Siasatan kerajaan Malaysia mendapati hampir US$700 juta dipindahkan melalui bank-bank, agensi-agensi dan syrikat-syarikat yang berkaitan dengan 1MDB sebelum didepositkan ke dalam akaun bank yang didakwa milik peribadi Najib Razak sebelum pilihanraya pada tahun 2013.

Sumber duit tersebut tidak jelas, dan siasatan Kerajaan Malaysia tidak memberikan maklumat yang lebih terperinci mengenai apa yang berlaku terhadap dana yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), badan anti-rasuah Malaysia menyatakan pada bulan Ogos lepas bahawa dana-dana tersebut merupakan derma ihsan dari Timur Tengah. Penderma tidak dinyatakan.

Najib sebelum ini menafikan perbuatan salah-laku dan menafikan mengambil duit tersebut untuk tujuan peribadi.

Pada Jumaat, bekas ahli UMNO yang membuat laporan polis di Paris, London, Switzerland, Hong Kong dan Singapura mengenai perpindahan duit tersebut ke dalam akaun Perdana Menteri ditangkap atas tuduhan cuba menjatuhkan demokrasi di Malaysia, kata peguam beliau, Matthias Chang.

Penangkapan Khairuddin Abu Hassan, yang dimasukkan ke dalam lokap pada Sabtu, menghalang hasrat beliau untuk pergi ke New York di mana beliau merancang untuk menggesa pihak berkuasa Amerika untuk menyiasat 1MDB, kata Chang.

Jurucakap FBI di New York menyatakan bahawa tidak ada agen di pejabat berkenaan yang telah mengatur perjumpaan dengan Khairuddin atau pernah mempunyai apa-apa perhubungan dan pertukaran maklumat dengan beliau sebelum ini.

Dua daripada pemindahan dana tersebut dibuat melalui cawangan Bank Swiss di Singapura dan disalurkan melalui Wells Fargo & Co. Wells Fargo menolak untuk memberi ulasan.

Pejabat Peguam Negara di Switzerland telah membuka siasatan jenayah mengenai dua eksekutif 1MDB yang tidak dinyatakan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan penyucian duit. Badan tersebut telah membekukan berjuta-juta dollar di dalam akaun Bank Swiss, pegawai-pegawai menyatakan.

Minggu lepas, 1MDB memberi kenyataan bahawa tidak ada eksekutif atau ahli jawatankuasa badan itu yang disiasat oleh pihak Peguam Negara Switzerland, dan tidak ada akaun-akaunnya yang dibekukan di situ.

Pihak berkuasa di Singapura juga telah membekukan beberapa akaun yang berhubung kait dengan 1MDB dan telah memulkan siasatan terhadap dakwaan mengenai dana tersebut. 1MDB berkata bahawa tidak ada akaun dana itu yang dibekukan dan bersedia untuk membantu siasatan tertakluk kepada nasihat dari pihak berkuasa Malaysia yang berwajib.

– Bobohizan Press via WSJ.

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *