Dr. M: “Najib Boleh Ditangkap Sekiranya Keluar dari Malaysia”


  • Najib boleh ditangkap di luar negara dan Interpol boleh dikerahkan sekiranya didapati bersalah, menurut Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata Najib boleh ditangkap sekiranya keluar dari Malaysia berikutan daripada siasatan-siasatan antarabangsa mengenai penyucian duit (money laundering) dan 1MDB yang sarat dengan skandal.

Dalam sebuah klip video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle, Mahathir menyatakan demikian melalui ucapannya pada Jumaat lepas.

Pengkritik Najib paling pedas, Dr. M berkata bahawa Najib mungkin boleh mengelakkan daripada disiasat di negara ini tetapi tidak di negara-negara luar.

“Sekarang ini, undang-undang dunia berbeza dengan dulu, kalau jenayah itu dilakukan di sini, undang-undang sini sahaja terpakai”

“Tetapi jika jenayah itu diadakan di luar negara, negara itu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Mahathir memberikan contoh presiden Syria, Bashar Al-Assad yang didapati bersalah dan akan ditangkap sekiranya pergi ke negara luar yang bersetuju bahawa beliau bersalah.

“Jadi sekarang ini, kalau didapati oleh Switzerland ataupun negara lain bahawa Najib sudah buat money laundering (maka) mereka berhak untuk menyaman dan menyuruh Interpol tangkap” kata Mahathir.

“Kalau keluar dari negara mungkin akan berlaku tangkapan. Jadi dia pun kena jail juga tapi seluruh Malaysia la. Dia kena duduk sini tak boleh keluar,”

“Macam mana dia tarik passport orang tak┬ábagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga,”┬ásindir Mahathir lagi.

Walaubagaimanapun Mahathir menegaskan bahawa beliau hanya memberikan kemungkinan yang akan berlaku.

“Itu mungkin akan berlaku, bukan akan berlaku, tapi mungkin,” tambahnya.

Pagi ini, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan penyucian duit dan rasuah di dalam 1MDB.

Ini berlaku walaupun bekas ketua UMNO Khairuddin Abu Hassan ditangkap minggu ini untuk menghalang usaha beliau daripada pergi ke New York untuk berjumpa dengan FBI.

– Bobohizan Press.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *