Gaji RM10 sebulan masih wujud di Sabah

Share the spells

12011334_796422467137279_7725218416054277295_nRANAU, 24 September 2015: Sebuah pos yang bertarikh 23 September 2015 yang telah dikongsikan didalam Facebook oleh seorang pengguna halaman sosial tersebut yang bernama Muhammad Asyraf Che Ani telah menarik perhatian warga pengguna Facebook dengan tajuk pos “Lelaki yang hanya mendapat gaji RM10 sebulan masih wujud di Sabah”.

Dalam kenyataan pos itu, beliau berkongsi tentang sebuah pertemuan dan perbualan dengan seorang lelaki yang berumur sekitar 30an yang duduk dihadapan wad kecemasan ketika beliau menemani rakannya ke hospital Ranau yang sakit akibat keracunan makanan.

Dalam perbualan ringkas tersebut, lelaki itu memberitahu bahawa dia bernama Yunting dan berasal daripada Sinuran yang terletak disebuah kawasan pedalaman Ranau. Beliau datang ke hospital kerana terpaksa menghantar anaknya yang demam panas ketika itu.

Yunting juga meneruskan perkongsian tentang keadaannya yang terpaksa mengambil masa 24 jam untuk sampai ke pekan Ranau dari kawasan pedalaman Sinuran walaupun jaraknya hanya sekitar 70 km sahaja.

Menurut Yunting lagi, beliau terpaksa menaiki bot dan berjalan kaki dalam jarak yang cukup jauh kerana ketiadaan jalan raya untuk menuju ke kawasan tempat tinggalnya di Sinuran. Perkongsian diteruskan dalam keadaan yang menyedihkan apabila beliau memberitahu bahawa semua anak-anaknya tidak dapat bersekolah kerana ketiadaan sekolah yang dibina dikawasan tersebut. Diburukkan lagi apabila beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghantar mahupun menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya.

Apabila Muhammad Asyraf Che (pemilik pos) bertanya tentang pekerjaan dan pendapatan beliau (Yunting) sebulan, suasana menjadi sunyi dengan leningan air mata turun daripada matanya tanpa sebab setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Yunting.

Yunting memberikan jawapan kepada pertanyaan itu dalam keadaan yang menyedihkan (lihat gambarnya) yang mana beliau merupakan seorang pemotong pokok dan hanya memperolehi gaji daripada pihak syarikat sebanyak RM10 sebulan sahaja. Bahan-bahan makanan asas dibekalkan oleh pihak syarikat dan dihantar menggunakan helikoter setiap bulan.

Pemilik pos tersebut memberitahu perasaan dan hatinya yang bagai dihiris dengan pisau, terasa sakit dan pedih.

Perbualan tersebut tamat setelah rakannya telah siap menerima rawatan. Beliau memberi salam kepadanya (Yunting) dan memberi nasihat agar berpindah ke tempat yang lebih baik dan membina masa depan yang cerah. Doa disertakan dalam pos beliau untuk Yunting.

Pos Asal: Muhammad Asyraf Che Ani

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *