Tuntutan Sabah: ‘Sultan Sulu’ akan menyokong Calon Presiden Filipina yand sedia Berbincang

Share the spells

Manila: ‘Sultan Sulu’, Phugdalon Kiram II bercadang untuk memberi sokongan penuh terhadap calon Presiden Filipina bagi tahun 2016 yang akan memberikan ruang untuk menuntut wilayah North Borneo (Sabah), menurut Manila Bulletin.

Phugdalon Kiram II, yang baru dilantik sebagai Sultan Sulu ke-35 berikutan kematian abangnya, Esmail Kiram II, berkata bahawa beliau akan mengeluarkan Deklarasi Diraja untuk tujuan ini semasa pertabalan beliau yang dijangka berlaku pada 22 November 2015 di Zamboanga City.

Abraham J. Idjirani, setiausaha agung Kesultanan Sulu, berkata Ahad lepas dalam temubual dengan Manila Bulletin.

Beliau berkata bahawa sultan Sulu tersebut akan menyokong mana-mana calon presiden “yang akan meyediakan ruang antara Malaysia dan Kesultanan Sulu tersebut untuk berbincang secara aman”

“Sultan Phugdalon Kiram II akan terus menuntut Sabah melalui cara-cara aman,” kata Idjirani.

sultan sulu
(Duduk dari kiri) Rajah Muda Agbimuddin Kiram, Sultan Jalul Kiram III, Sultan Bantilan Esmail Kiram II. (Berdiri dari kiri) Datu Alianapia Kiram, Datu Phugdal Kiram dan Datu Baduruddin Kiram.

Beliau berkata pertabalan tersebut dijadualkan semasa ulangtahun seratus tahun perjanjian Kiram 1915.

Idjirani berkata, perjanjian berusia 100 tahun itu yang ditandatangani pada March 22, 1915 antara Sultan Hadji Mohammad Jamalul Kiram dan Frank W. Carpenter, governor Jabatan Mindanao dan Sulu, menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan menghulurkan pertolongan kepada kesultanan tersebut sekiranya mengalami ancaman dan kes membabitkan negara-negara asing.

“Amerika Syarikat mempunyai tanggungjawab dari segi sejarah dan moral” untuk membantu kesultanan Sulu, yang berkata, mendapat perlindungan penuh oleh kerajaan Amerika.

Sementara itu, beliau juga berkata bahawa Sultan Phugdalon Kiram II bersedia untuk membantu menyelamatkan tiga tahanan pelancong asing dan seorang warga Filipina yang diculik pada 21 September di Pulau Samal di Davao del Norte, sekiranya diminta oleh kerajaan Filipina.

Phugdalon Kiram II merupakan bekas guru di Jolo, Sulu seperti juga abang-abang beliau, Esmail Kiram dan Agbimuddin.

 – Bobohizan.

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *