Ragbi: Sabah Menempah tempat ke Perlawanan Akhir Piala Agong!


PIALA AGONG: TERENGGANU 15 – SABAH 16


Serdang: Juara bertahan, Sabah menempah tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Piala  Agong dengan menumpaskan musuh ketat, Terengganu 16-15 kelmarin (30 Sept 2015).

Terengganu bermula garang dalam pertembungan separuh-akhir tersebut dan pada awalnya nampak cukup selesa untuk menang dengan mendahului 15-3 pada separuh masa pertama di padang Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sabah kembali menyusun rentak dalam masa kedua dengan gaya yang berbeza. Pasukan juara bertahan tersebut menunjukkan disiplin tinggi dan penuh berkeyakinan. Orene Ai’i menjaringkan penalti pada minit ke-55 dan pasukan Sabah kembali lebih bersemangat.

Ragbi Sabah

Perlawanan tersebut menjadi agak tegang selepas itu dan pengadil perlawanan terpaksa merehatkan beberapa pemain dari kedua-dua pasukan ke ‘sin bin’.

Sabah terus-menerus mengasak dan berjaya menghampiri jurang perbezaan mata. Cubaan dari  Helbarth Jemlit pada minit ke-63 yang disempurnakan oleh Orene menyebabkan Sabah hanya 2 mata di belakang Terengganu.

Sabah meneruskan tekanan dan akhirnya pada minit ke-76, menerima tendangan penalti. Bekas pemain All Blacks, Orene dengan tenang menjaringkan 3 mata kemenangan buat Sabah dan membawa Sabah ke perlawanan akhir.

Sabah yang juga memenangi piala tersebut pada tahun 2007 dan 2009 akan berdepan dengan Perak di perlawanan akhir di Stadium Petaling Jaya sabtu ini.

Perak mengalahkan juara 2013, Johor 10-6 dalam perlawanan separuh akhir mereka yang juga bertempat di UPM.

– Bobohizan Press.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *