Doris Jones Hilang Kewarganegaraan Akibat Halangan Pembaharuan Passport

doris jones2
Waran tangkap propaganda ke atas Doris Jones


source url follow London: Doris Jones, pejuang pemisah Sabah berdepan dengan kehilangan kewarganegaraan di Malaysia selepas gagal memperbaharui passport beliau di Kedutaan Malaysia di London, lapor Sarawak Report.

test optiontime Doris yang telah bekerja dan bermastautin selama beberapa tahun di UK, cuba memperbaharui passport beliau kelmarin (30 Sept 2015) yang akan tamat dalam tempoh beberapa hari.

Tastylia Germany Biasanya proses mendapatkan passport di UK hanya mengambil masa sehari iaitu pendaftaran dan pembayaran dibuat pada waktu pagi dan pengambilan dokumen tersebut di waktu petang.

http://hickscountry.com/media/hayride-video-shoot-2-2/feed/ Bagaimanapun, menurut Doris, pegawai di pejabat Kedutaan Malaysia di London menolak untuk menyerahkan dokumen tersebut kepada beliau seperti yang dijanjikan.

http://www.amisdecolette.fr/?friomid=site-de-rencontre-enti%D0%93%D0%81rement-gratuit-2014&b77=11 “Akhirnya mereka berkata bahawa saya boleh cuba datang kembali di kemudian hari” kata Doris kepada Sarawak Report, “tetapi saya tidak pasti samaada saya akan mengambil risiko balik semula ke situ dalam keadaan ini”.

Berdepan dengan kehilangan kewarganegaraan
sskm
Laman Facebook SSKM

click here Doris Jones merupakan antara pejuang pemisah Sabah dan Sarawak yang lantang menyuarakan ketidakadilan kerajaan Malaysia dalam hak-hak melibatkan perlembagaan Sabah.

http://economicforumpbc.com/?nikolasdk=regole-per-fare-trading&cfe=9e Beliau berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal mengotakan tanggungjawab dan komitmen yang dibuat kepada Sabah ketika pembentukan Malaysia. Maka dengan itu perjanjian tersebut terbatal dan beliau menyeru rakyat Sabah dan Sarawak menolak kerajaan Malaysia yang berkuasa sekarang.

mujer busca hombre cercado Doris Jones menjadi tumpuan pada Januari tahun ini selepas page Facebook yang dibuat oleh beliau “Sabah Sarawak Keluar Malaysia – SSKM” mengkritik polisi-polisi kerajaan dan memberikan kesedaran mengenai hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak yang terhakis.

Jones dalam Facebooknya menulis bahawa pegawai attaché immigresen, Azhar Bin Abdul Hamid berkata ibu pejabat immigresen di Malaysia meletakkan status permohonan beliau sebagai “sedang diproses” (pending).

Graham Williamson, aktivis politik di UK menulis di Facebook “Malaysia, dengan menghalang pembaharuan passport Doris menunjukkan bahawa suara-suara yang menentang kerajaan tidak dialu-alukan. Oleh itu hanya mereka yang menyokong kerajaan boleh terus menjadi rakyat Malaysia, sementara penentang menjadi hilang warga negara”

Waran Tangkap kepada Doris Jones
sabah police
Sidang Polis Sabah pada Ogos memaklumkan bahawa Doris Jones hanya boleh ditangkap sekiranya balik ke Malaysia

Pada bulan Februari, pihak polis mengumumkan pengeluaran waran tangkap kepada Jones (Doris Yapp Kim Young) atas kesalahan hasutan. Alamat terakhir beliau adalah Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, sebelum ini berkata bahawa pihak polis akan meminta pertolongan dari Interpol untuk menjejaki Doris Jones di UK.

Walau bagaimanapun, undang-undang British tidak memberi pengiktirafan terhadap ‘jenayah’ tersebut. Pada awal Ogos, pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa waran tangkap ke atas Doris Jones hanya terpakai sekiranya Doris balik ke Malaysia.

Doris sebelum ini berkata bahawa beliau tidak pernah dihubungi oleh pihak Interpol.

Jalalludin yang dipetik oleh the Malay Mail, berkata bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru ini.

– Bobohizan Press.


Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *