Fashion Show Rosmah Mansor adalah Sebab Sebenar Lawatan ke Milan, Itali?

1. BERNAMA melaporkan bahawa PM Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor akan menghadiri lawatan kerja 3-hari di Milan, Itali untuk mengukuhkan ikatan diplomatic di antara kedua-dua negara. Lawatan tersebut adalah sempena Expo Milan 2015, yang bermula dari May – 30 October.

2. Lawatan tersebut akan dihadiri oleh Duta Malaysia ke Itali, Datuk Abdul Samad Othman, Menteri Perdagangan dan Industri, Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

3. Apakah tujuan Rosmah Mansor menghadiri lawatan tersebut? dan Mengapa Milan menjadi tempat lawatan sekiranya tujuan utama adalah untuk mengeratkan jalinan diplomatik. Mengapa bukan Rome, yang merupakan ibu negara Itali?

4. Milan dipilih kerana ia merupakan antara kota yang sinonim dengan fesyen. Fesyen-fesyen terbaru dari serata dunia diperagakan di Milan pada expo kali ini, antara pertunjukan fesyen yang terbesar di dunia.

5. Pastinya Rosmah Mansor tidak akan ketinggalan. Beliau dijadualkan untuk merasmikan pertunjukan fesyen dari 18 orang pereka fesyen dari Malaysia pada Sabtu.

6. Ramai orang berpendapat bahawa Rosmah mansor yang ingin dipanggil sebagai ‘First Lady of Malaysia’ mempunyai bukan sahaja minat yang mendalam dalam fesyen dan barang kemas tetapi juga mempunyai kewangan yang lebih dari mencukupi untuk berbelanja – maklumlah beliau telah menabung sejak kecil.

7. Beliau tidak asing dalam pergaulan sosial dengan bangsawan-bangsawan dan golongan elit dari Eropah dan Amerika dan pernah melawat tempat-tempat mewah seperti Monte carlo, Monaco, New York, Paris dan London. Malahan tahun lepas beliau berkesempatan bergaul dengan orang-orang kenamaan di Istana Windsor Castle, England.

8. Rewcastle-Brown berkata bahawa walaupun Rosmah Mansor mungkin bukanlah tetamu yang tinggi lampai ataupun yang paling seksi, beliau pastinya akan mencuri tumpuan kerana beliau berkemungkinan besar adalah tetamu yang terkaya di situ.

9. Moral: Menabung lah dari kecil. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

– Bobohizan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *