Ling Liong Sik menyifatkan Tajuddin Abdul Rahman sebagai “kurang ajar”

Kuala Lumpur: Bekas presiden MCA, Ling Liong Sik menyifatkan kenyataan timbalan menteri pertanian, Tajuddin Abdul Rahman sebagai “kurang ajar”.

Tajuddin sebelum ini berkata bahawa beliau akan melempang orang Cina yang membawa isu-isu Malaysia ke luar negara dan meminta sokongan negara China.

Ling juga dengan tegas bersetuju dengan Dr. Mahathir Mohammad bahawa PM Najib Tun Razak harus meletakkan jawatan, lapor Malaysiakini.

Ling yang berkhidmat sebagai menteri pengangkutan selama 17 tahun di bawah pimpinan Mahathir, bersetuju bahawa Najib harus meletakkan jawatan.

“Saya bersetuju dengan Mahathir. Kerana beliau (Najib) telah mengambil duit rakyat dan menyimpannya di akaun peribadi beliau,” kata Ling.

Tindakan Ling Liong Sik yang secara terang-terangan menyokong Mahathir dilihat agak kekok dalam MCA yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan penuh kepada Najib. Ahli jawatankuasa Ti Lian Ker sebelum ini berkata bahawa Najib diperlukan untuk mengemudi ekonomi negara.

Berkaitan dengan Tajuddin, Ling berkata tidak pernah terlintas di fikiran beliau untuk melempang Melayu seperti yang dinyatakan oleh Tajuddin.

“Jikalau beliau ada bercakap seperti itu, dia patut meminta maaf. Jadi ini kurang ajar kan” kata King.

Sementara itu Rahman Dahlan dalam twitternya pantas memberikan reaksi berkaitan dengan gesaan Ling Liong Sik untuk meletak jawatan.

Beliau menulis: “Ling Liong Sik silap besar sekiranya beliau fikir kenyataan tersebut membantu negara dengan melemahkan kedudukan PM. Malah, saya percaya kenyataan beliau akan menguatkan lagi kedudukan PM dalam Umno. Tunggu dan lihat”

“Saya percaya Ling Liong Sik mengambil ringan perasaan ahli Umno. Mereka tidak mempunyai minat untuk melihat orang luar menentukan siapa yang harus menjadi pemimpin mereka” tambah Dahlan lagi.

– BP.

One thought on “Ling Liong Sik menyifatkan Tajuddin Abdul Rahman sebagai “kurang ajar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *