25 BUAH KELUARGA TERJEJAS MEMERLUKAN BANTUAN

KENINGAU, 4 Oktober 2015: Angin kencang dan hujan lebat telah merosakkan 25 buah rumah orang kampung termasuk dengan dua rumah kegunaan awam di Kg.Simpang Empat, Kebatang Baru, Sook pada 2 Oktober 2015, kira-kira pukul 5.00 petang.

12083664_724972397635221_854398214_n

Datuk Ellron Alfred Angin telah dihubungi oleh orang kampung sejurus angin kencang dan hujan lebat reda dan beliau telah datang pada pada keesokan harinya pada 3 Oktober 2015, pukul 9.30 pagi. Beliau telah berjanji kepada keluarga mangsa yang terjejas sebanyak 25 keluarga bahawa bantuan akan diberikan kepada mereka dan kerosakan rumah tersebut akan dibaiki.

12092249_724842000981594_2090252980_nDifahamkan bahawa kerosakan akibat daripada bencana alam ini adalah terdiri daripada rumah kediaman, pondok, gereja, dewan kampung, kedai, ladang getah dan tanaman padi.

Bencana alam ini yang telah menjejaskan 25 keluarga memerlukan keperihatinan daripada rakyat Sabah untuk menyalurkan bantuan ikhlas bagi keperluan asas harian seperti pakaian, peralatan dapur, peralatan sekolah dan apa-apa yang diperlukan untuk terus hidup bagi meringankan bebas mereka.

Pihak kerajaan dan semua badan-badan kebajikan NGO diharap dapat memberikan bantuan dengan segera. Sila hubungi Kunalispius jabi. No hp 0148533436 atau Naliancay binti jabi 0135558222 bagi menyalurkan sumbangan ikhlas anda kepada keluarga mangsa bencana alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *