Tiga Keluarga di Bangkok Tinggal di Kawasan Perlupusan Kapal Terbang

THAILAND: Di sebuah padang persendirian di timur Bangkok, tiga keluarga hidup di dalam kapal terbang yang sudah tidak digunakan lagi.

Keluarga tersebut telah hidup di kawasan perlupusan kapal terbang tersebut selama 2 tahun dan mencari nafkah dengan memungut dan mengitar semula sampah. Mereka mendapat beberapa dollar sehari dari pekerjaan ini.

Tiga keluarga ini tidak mampu menyewa rumah dan lebih suka tinggal di dalam kapal terbang yang dilupuskan itu. Kawasan perlupusan tersebut menempatkan tinggalan kapal terbang seperti Boeing 747. Kawasan ini dikhaskan untuk mereputkan rangka-rangka kapal terbang tersebut.

Jurugambar Getty Images, Taylor Weidman telah mengikuti tiga keluarga ini selama 2 tahun.

2
Keadaan di dalam rangka kapal terbang yang dilupuskan (Taylor Weidman/ Getty Images)
3
Seorang lelaki menghilangkan rasa panas dengan menggunakan kipas plastik sambil mendengar radio (Taylor Weidman/ Getty Images)
4
Rangka kapal terbang yang ditinggalkan di kawasan tersebut (Taylor Weidman/ Getty Images)
5
Seorang lelaki berjalan masuk ke dalam salah sebuah rangka kapal terbang tersebut (Taylor Weidman/ Getty Images)
6
Seorang wanita berumur duduk di dalam ruang biliknya (Taylor Weidman/ Getty Images)
7
Ibu dan anak memeriksa jam tangan yang diperolehi untuk dijual (Taylor Weidman/ Getty Images)
8
Koleksi barangan permainan yang dipungut dari sampah sarap dikumpul di atas meja ini (Taylor Weidman/ Getty Images)
9
Seorang wanita Thai duduk membelakangi gambar Raja Tahiland Bhumibol Adulyadej (Taylor Weidman/ Getty Images)
10
Seorang wanita balik ke salah sebuah rangka kapal (Taylor Weidman/ Getty Images)
11
Keadaan kokpit sebuah kapal (Taylor Weidman/ Getty Images)
12
Seorang kanak-kanak bermain di luar rumahnya (Taylor Weidman/ Getty Images)

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *