Rambut Gugur – apa produk yang terbaik untuk anda?

Rambut gugur

Artikel disumbangkan oleh Dr. Mohammad Fauzi.

Masalah Rambut Gugur

Masih ramai yang tidak sedar bahawa gejala rambut gugur boleh diatasi dan rambut mampu kembali seperti sedia kala.

Rambut gugur

Masalah rambut gugur dihadapai oleh lebih kurang 70% lelaki dan 40% wanita ketika melewati umur 30-an. Rambut yang hitam gebu ketika muda menjadi semakin nipis dan gugur secara perlahan-lahan apabila usia meningkat tua. Bagi kebanyakan orang, ini bukan sahaja menyebabkan keyakinan dan ketampanan tergores (chewah!) tetapi juga menyebabkan kita menjadi kadang-kala merasa malu untuk bergaul secara sosial.

Penulis sendiri telah bergelut dengan situasi ini. Umur penulis masih muda dan belum melewati usia 30 tahun tetapi, kesan-kesan penipisan rambut semakin hari semakin ketara dan agak mencemaskan penulis, maklumlah penulis belum berkahwin lagi.

rambut gugur
Anda berada di tahap yang mana satu?

Sudah banyak syampu, minyak, krim atau produk-produk yang dicuba namun semuanya hampa. Selama 2 tahun, musuh ketat ini tetap menghantui diri dan rambut menjadi semakin nipis menampakkan kulit kepala. Kadang-kala penulis segan juga apabila rakan-rakan penulis yang jauh lebih tua memberi komen mengenai perubahan ketara ini.

Syukurlah selepas membuat bacaan lanjut dan mendalami sebab mengapa rambut gugur, penulis akhirnya bertemu dengan penawar yang sampai sekarang penulis amalkan.

Penulis akan berkongsi sedikit mengenai pengalaman peribadi menggunakan produk-produk untuk mengatasi masalah rambut gugur.

Mengapa Rambut Gugur?

Rambut gugur disebabkan oleh hormon Dihyrotestosterone (DHT) yang berlebihan yang dimagkin oleh enzim Type II 5-alpha reductase

Sebelum anda mencari jalan terbaik untuk masalah rambut gugur adalah amat penting untuk mengetahui sebab-musabab mengapa rambut sesetengah orang gugur. Perbincangan ini tertumpu kepada mereka yang berdepan dengan masalah keguguran rambut disebabkan oleh sejarah keluarga dan bukan disebabkan oleh sesetengah penyakit atau menjalani chemotherapy.

Rambut gugur
Dihyrotestosterone (DHT) menyebabkan folikel rambut menyusut dan menyebabkan rambut gugur.

Kajian mendapati bahawa penyebab utama masalah keguguran rambut adalah disebabkan oleh hormon Dihydrotestosterone (DHT) yang berlebihan. Hormon ini merupakan terbitan dari hormon lelaki yang dipanggil hormon Testosterone. Hormon Testosterone ditukar kepada DHT oleh enzim yang dipanggil Type II 5-alpha reductase.

Folikel rambut juga menjadi lebih sensitif terhadap kesan DHT yang menyebabkan akar-akar rambut menyusut (miniaturization). Ini menyumbang kepada penghasilan rambut yang tidak normal, nipis dan mempunyai jangka hayat yang pendek.

Dalam bidang farmasi, penghasilan DHT yang berlebihan boleh diatasi dengan menghalang (inhibition) enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilannya. Dalam kes ini ubat yang menghalang enzim Type II 5-alpha reductase terbukti berkesan dalam melambatkan atau menghentikan terus proses rambut gugur.

Terdapat dua jenis ubat yang bertindak menghalang enzim ini iaitu: finasteride dan dutasteride. Satu lagi ubat yang terbukti berkesan adalah minoxidil yang merangsang pertumbuhan folikel rambut. Dutasteride hanya diberi dalam bentuk pil untuk merawat sindrom prostat hyperplasia dan belum diberikan lesen untuk merawat rambut gugur.

Hanya minoxidil dan finasteride yang terbukti berkesan dalam proses pencegahan rambut gugur!

Produk-Produk yang ada di Pasaran

Terdapat banyak produk yang ada di pasaran dan penulis akan memberi sedikit ulasan mengenai beberapa produk yang ada, antaranya:

1. Syampu Alpecinalpecin

alopecin

Syampu Alpecin adalah produk berasaskan kaffein keluaran negara Jerman yang agak laris di Eropah. Ia dikatakan mampu membuatkan rambut menjadi lebih kasar tetapi dari segi pertumbuhan rambut tidak memberikan banyak impak.

Pengeluar produk Alpecin percaya bahawa kaffein mampu menyelesaikan masalah keguguran rambut genetik. Mereka memetik kajian yang dibuat oleh University of Jena yang menunjukkan bahawa kaffein merangsang akar-akar rambut yang lemah. Kajian ini menunjukkan bahawa folikel rambut yang terdedah kepada hanya testosterone akan menjadi lemah dan abnormal sementara folikel rambut yang terdedah kepada testosterone dan kaffein menunjukkan pengurangan keguguran dan merangsang pertumbuhan baru.

Sungguhpun begitu, penulis kurang yakin bahawa syampu ini secara bersendirian mampu menyelesaikan masalah rambut gugur kerana penyerapan kaffein dari kulit kepala secara realistiknya tidak akan mencapai tahap di mana proses keguguran rambut dapat dicegah. Syampu seperti ini akan terlarut semasa mandi dan hanya disapu pada kulit kepala dalam masa yang singkat sebelum rambut dibasuh, menyebabkan penyerapannya agak minimal.

Sungguhpun begitu, sekiranya ia dipakai bersama-sama dengan produk lain yang terbukti berkesan, penulis yakin ia akan membantu! Jika berminat, anda boleh mencari produk ini di mana-mana kedai farmasi di Malaysia yang berdekatan, ataupun untuk pilihan yang lebih banyak sila lihat di Amazon (Penulis pun beli dari Amazon):

2. Minoxidil 5%

Minoxidil 5% adalah salah satu daripada hanya dua ubat yang terbukti berkesan secara saintifik mencegah rambut gugur

rambut gugurSalah satu daripada dua ubat yang terbukti berkesan dalam kajian klinikal dalam mencegah rambut gugur adalah sejenis ubat yand dipanggil minoxidil. Ubat ini mula-mula dihasilkan pada tahun 1950 oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Upjohn (Sekarang menjadi syarikat gergasi farmasi, Pfizer).

Badan Keselamatan Makanan dan Dadah (FDA) Amerika meluluskan ubat ini untuk merawat dan mencegah rambut gugur pada tahun 1985 di bawah nama ‘Rogaine’.

Mekanisme bagaimana minoxidil mencegah rambut gugur masih belum dipastikan sepenuhnya. Kajian mendapati bahawa sebagai pembuka saluran-saluran Kalium (Potassium Channel opener) minoxidil dipercayai menyebabkan saluran darah melebar dan menyebabkan lebih banyak oksigen, zat-zat dan peredaran darah yang sampai ke akar-akar rambut. Ini menyebabkan pertumbuhan rambut yang lebih kerap dan kasar.

Walaupun merangsang pertumbuhan rambut, minoxidil tidak secara langsung mengubah paras hormone DHT di dalam badan, oleh itu sekiranya pengunaannya diberhentikan, fenomena rambut gugur akan kembali.

Penulis kurang pasti samaada produk Regaine ini dijual secara meluas atau tidak di farmasi-farmasi di Malaysia. Rakan penulis memberitahu bahawa produk ini amatlah mahal di kedai-kedai tempatan berbanding dengan harga di internet. Penulis juga kurang pasti samaada produk yang mengandungi foam ini boleh lepas pos atau tidak, tetapi rakan penulis dari KL tidak mempunyai apa-apa masalah membeli produk ini dari Amerika:

 

3. Finsteride

rambut gugur

Ubat finasteride (eg. Propecia) adalah salah satu dari dua ubat yang terbukti dari segi perubatan untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Finasteride adalah sejenis ubat yang bertindak untuk menghalang Type II 5-alpha Reductase dan seterusnya megurangkan penghasilan DHT. Finasteride pasal asalnya digunakan oleh pesakit yang menghidap pembesaran kalenjar postat (Benign Prostate Hyperplasia) yang juga disebabkan oleh DHT yang berlebihan. Dos yang diberi adalah 5 mg sehari.

Syarikat pengeluar finasteride, Merck & Co mendapati bahawa pesakit-pesakit yang mengambil ubat ini untuk masalah prostat menghadapi kesan sampingan iaitu pertumbuhan rambut yang ketara. Pada tahun 1997, syarikat gergasi ini mengeluarkan produk yang dipanggil Propecia dalam dos yang lebih rendah iaitu 1 mg.

Sungguhpun terbukti berkesan sebilangan kecil pengguna Propecia mengalami kesan sampingan ubat ini. Antaranya: Penurunan libido, masalah mati pucuk dan ejakulasi. Walaupun hanya ~1% pengguna mengalaminya, ramai pihak berpendapat bahawa mereka lebih suka mencuba cara lain terlebih dahulu dan hanya akan mengambil ubat ini sekiranya keadaan ‘terdesak’.

Saranan dan Nasihat berdasarkan pengalaman

Berdasarkan pengalaman penulis, hanya produk-produk di atas yang terbukti berkesan. Penulis mengambil ketiga-tiganya dan berjaya mendapatkan hasil yang agak memuaskan. Pada mulanya, penulis juga ada mengambil pil Finasteride tetapi berhenti selepas rambut kembali pulih. Pada masa ini, penulis hanya menggunakan syampu Alpecin dan foam Regaine.

Bagi anda, penulis sarankan untuk menggunakan minoxidil 5% dahulu dengan produk menguatkan rambut lain dan tidak semestinya syampu Alpecin. Terdapat bermacam-macam jenis produk di pasaran yang boleh dipercayai tetapi terdapat juga produk yang langsung tidak memberi apa-apa kesan, oleh itu diminta lebih berhati-hati.

Anda boleh mengambil pil finasteride seperti di atas tetapi pastikan anda mendapat nasihat doctor.

Terdapat juga produk dalam bentuk kapsul iaitu DHT Blocker, tetapi penulis tidak mempunyai pengalaman peribadi oleh itu anda perlu lebih berhati-hati.

Sekiranya anda mempunyai ulasan atau pertanyaan, sila email editor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *