Polis Menafikan Cerita Kanak-Kanak Perempuan Didera dalam Kotak Biskut

Share the spells
didera dalam kotak biskut
Mesej palsu yang tersebar luas di Whatsapp

Kota Kinabalu: Polis di sini menafikan khabar angin di Whatsapp mengenai seorang budak perempuan yang dikatakan mangsa rogol dan didera dalam kotak biskut.

Menurut mesej yang tersebar luar di Whatsapp, seorang budak perempuan berumur 8 tahun di dakwa di dera di dalam kotak biskut dan dijumpai di Teluk Likas, dekat Yayasan Sabah.

Ketua polis Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata insiden tersebut sebenarnya berlaku di Jakarta, Indonesia dan bukan di Sabah.

Beliau berkata pihak polis tidak menerima apa-apa laporan dari orang awam berhubung dengan insiden tersebut.

“Orang awam dinasihatkan agar jangan menyebarkan cerita palsu sewenang-wenangnya kerana ia akan menimbulkan kegelisahan,” katanya.

Didera dalam Kotak Biskut dan Dibunuh!

Sementara itu, portal berita Siakapkeli melaporkan kejadian tersebut berlaku di mukim Kalideres, Jakarta.

Menurut portal tersebut, kanak-kanak perempuan itu dikenali sebagai Putri Nur Fauziah dan merupakan anak ketiga pasangan suami isteri Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani.

Kanak-kanak malang berumur 9 tahun itu dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05.




Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang di mana kaki, tangan dan mulutnya diikat dengan pita pelekat dan disumbat di dalam kotak.

Mayat mangsa semasa dijumpai terdapat kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.

Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri.

Berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa telah mati lebih kurang 4 jam sebelum mayatnya ditemui dan pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu suspek.

Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk mengulangkaji pelajarannya bersama rakan-rakan, namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah.

– Bobohizan Press.

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *