Gesaan Majlis Raja-Raja: Najib tidak mungkin akan Undur

Gesaan Majlis Raja-raja

1. Majlis raja-raja Melayu pada selasa (6 October 2015) mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

2. “Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

3. Ia berkata: “Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.”

4. Kenyataan julung kali yang dibuat oleh Majlis raja-raja ini dilihat oleh ramai pihak sebagai suatu tekanan ke atas rejim Umno pimpinan Najib Tun Razak yang mengepalai kerajaan Malaysia sekarang. Ia juga secara tersirat, suatu amaran kepada PM Najib Tun Razak yang sebelum ini bergelumang dengan skandal 1MDB berikutan pendedahan WSJ mengenai penyaluran dana ke dalam akaun peribadinya.

Reaksi Rakyat Malaysia

5. Reaksi rakyat Malaysia berbeza-beza selepas kenyataan ini, namun rata-ratanya menyokong gesaan dan amanat dari badan tersebut yang jarang-jarang melibatkan diri dalam kancah politik negara. Negeri Selangor yang diperintah oleh pembangkang terang-terangan menyokong gesaan tersebut. Parti Amanah Negara (Amanah) pula berpendapat bahawa ia merupakan isyarat jelas supaya Najib berundur dan meletak jawatan. Sementara itu, veteran politik DAP, Lim Kit Siang mengusulkan agar Parlimen Malaysia memperuntukkan dua hari membahaskan kenyataan tersebut.

Biar seribu kapal ditelan laut, Najib tidak akan undur

6. Sungguhpun tekanan datang dari semua arah menuntut Najib meletak jawatan dan berundur secara terhormat, secara realistiknya beliau dijangka tidak akan goyah dan akan terus bergantung pada sehelai rambut sehingga ke pengakhiran.

7. Najib sebelum ini pernah berkata: “Hatta dilanda badai, patah kemudi dan terkoyak layar dan biar seribu kapal ditelan lautan adalah lebih mulia bertahan dan meneruskan perjuangan daripada berpatah balik ke pelabuhan.”
Natijahnya, Najib akan terus berjuang walaupun seribu kapal karam dilanda ditelan laut.

8. Dalam ertikata lain, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional itu sudah bersiap sedia mempertaruhkan nyawanya agar “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Beliau merasa sudah didesak ke dinding dan akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan karier politik beliau sungguhpun ia bakal memusnahkan negara ini. Sementara itu, Rosmah Mansor tidak akan membiarkan suaminya mengalah dengan mudah.

Jalan Realistik

9. Pada ketika ini hanya ada dua jalan realistik yang boleh diambil untuk mendesak Najib, Rosmah Mansor dan konco-konconya daripada terus mencengkam rakyat Malaysia dan mengemudi negara ini ke arah kemusnahan: Usul undi Tidak Percaya dan Pilihanraya Umum ke-14 yang bakal diadakan pada tahun 2018 (Sarawak pada 2016).

10. Jalan Kehakiman dan Polis sudah lama dijadikan boneka politik Najib dan belum pasti akan dapat mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dilumpuhkan dan dipantau 24-jam sehari oleh polis. Sementara itu kuasa Bank negara terhad untuk memberikan maklumat transaksi kewangan dan tidak mampu mengheret mana-mana individu ke muka pengadilan tanpa sokongan polis dan badan kehakiman.

– Bobohizan.

majlis raja-raja
Majlis raja-raja yang bersidang menggesa siasatan telus ke atas 1MDB.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *