Memantau Ikan yang diawet adalah Tugas Kementerian Kesihatan: Aktivis

Kota Kinabalu (12 Oct 2015): Aktivis alam sekitar Dr. CY Vun menyelar kenyataan Pengarah Kementerian Kesihatan Sabah, Dr. Christina Rundi kerana baru-baru ini berkata bahawa orang ramai bertanggungjawab mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa mengenai ikan yang diawet melibatkan bahan pengawet formaldehye.

“Jabatan Kesihatan mempunyai kepakaran dan peralatan untuk mengesan kewujudan formaldehyde di dalam ikan yang dijual di pasar, tidak seperti pengguna yang tidak mempunyai apa-apa peralatan langsung.

“Oleh itu, kenyataan Dr. Christina Rundi baru-baru ini bahawa pengguna harus mengemukakan bukti bahawa ikan-ikan yang dijual di pasar mengandungi formalin adalah amat dikesali,” kata beliau kelmarin, menurut The Borneo Post.

Vun menyokong kenyataan presiden persatuan pemancing Sabah, Datuk Wilfred Lingham ke atas Dr. Christina bahawa tanggungjawab tersebut terletak di atas bahu kementerian kesihatan bukannya orang ramai kerana pengguna tidak mempunyai peralatan untuk membuktikan bahawa ikan yang dijual di pasar-pasar adalah mengandungi formalin atau tidak.

Menurut Vun, formalin adalah cecair formaldehyde yang digunakan untuk membunuh kuman dan digunakan sebagai bahan pengawet makanan.

Beliau berkata, secara saintifik, formaldehyde adalah unsur aldehyde alam sekitar yang paling berbahaya dan paling meluas digunakan. Setengah daripada keseluruhan jumlah aldehyde di dalam udara yang tercemar adalah disumbangkan oleh formaldehyde dan ia juga digunakan untuk membuat resin phenolik, sebagai bahan pengawet tisu dan dalam pemprosesan tekstil dan khemah.

“Seperti kebanyakan aldehyde, ia menyebabkan radang teruk kepada membran mukus, terutamannya di hidung dan mata.

Kajian ke atas tikus makmal mendapati bahawa formaldehyde merupakan penyebab kanser hidung, walaupun kajian ke atas spesis lain tidak konklusif dan belum ada kajian terperinci ke atas manusia.

“Walau bagaimanapun, formaldehyde dikategorikan sebagai berkemungkinan penyebab kenser kepada manuasia,” kata Vun.

– Bobohizan Press via The Borneo Post.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *