‘SPRM Harus Teguh Berdepan dengan Individu Paling Berkuasa di Negara ini’

[mks_pullquote align=”right” width=”200″ size=”18″ bg_color=”#ffffff” txt_color=”#000000″]“Pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes siasatan ini harus diberi dorongan dan semangat untuk berhadapan dengan individu berprofil tinggi ini”

– Zakaria Jaafar,

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM[/mks_pullquote]

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (pengurusan dan profesionalisme), Zakaria Jaafar hari ini meminta badan pencegahan rasuah itu untuk terus teguh dalam usaha untuk menyiasat individu paling berkuasa di negara ini dengan semangat kepahlawanan tanpa rasa takut, menurut laporan Malaysiakini.

“Kebetulan saya akan bersara, dan SPRM sedang menyiasat individu berprofil tinggi”

“Pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes ini harus disokong dan diberikan suntikan dan dorongan semangat ketika berhadapan dengan situasi yang paling mencabar ini”

“Kita berdepan dengan siasatan melibatkan orang yang paling berkuasa di negara ini” katanya tanpa mendedahkan nama individu tersebut.

Berucap dalam majlis persaraannya di Kuala Lumpur hari ini, Zakaria berkata cabaran ini akan menguji sejauh mana ketelusan dan professionalisme SPRM di mata rakyat.

SPRM terlibat dalam kes siasatan melibatkan derma ihsan RM2.6 billion ke akaun peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Badan itu bercadang untuk menyoal ketua negara itu secara langsung.

Badan itu juga dalam proses menyiasat bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International atas tuduhan bahawa dana tersebut disalurkan melalui syarikat itu ke dalam akaun Najib.

SPRM: Gali Sampai ke Lubang Cacing

Zakaria berkata SPRM harus mengumpulkan bukti kukuh untuk memastikan bahawa kes tersebut dibicarakan di mahkamah.

“Gali sampai ke lubang cacing. Jangan berikan ruang untuk sesiapa sahaja menghalang dan menolak daripada kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya merujuk kepada tindakan Pejabat Peguam Negara yang mengambil keputusan untuk tidak membawa kes tersebut untuk dibicarakan, walaupun didesak oleh Bank Negara.

Beliau menambah, pihak SPRM memaklumkan dengan jelas sekiranya badan tersebut mempunyai bukti kukuh untuk membawa kes tersebut ke mahkamah melalui kertas-kertas siasatan.

Ini, katanya, akan memberi isyarat yang jelas kepada generasi hadapan bahawa badan pencegahan rasuah tersebut telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan telus.

– Bobohizan Press.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *