Tanah Adat Dirampas di PITAS Untuk Ternakan Udang Besar-besaran!

Projek Ternakan Udang Terbesar

SELEPAS tanah adat dirampas di Ranau (Kg. Malinsou, Wayan and Sinurai – Mawasi) oleh syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan Sabah tahun lepas, sekarang kes yang sama berulang di Pitas, Sabah.

Menurut laporan, Radio Free Sarawak, sebuah projek ladang udang terbesar di Malaysia yang melibatkan perwujudan 1,500 kolam yang dibangunkan oleh Kerajaan Sabah melalui Innofishery Sdn. Bhd dan Sunlight Seafood Sdn.Bhd, iaitu antara pengeksport udang yang terbesar di Semenanjung dan beribu-pejabat di Manjung, Perak.

Kenyataan bersama kedua-dua syarikat sebelum ini menganggarkan bahawa kerjasama tersebut akan menelan belanja US$ 277 juta dan bakal memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 penduduk.

Namun, sebaliknya, bukan sahaja kawasan tanah adat enam buah kampung dirampas tetapi penduduk juga tidak diberikan apa-apa maklumat dan penyertaan oleh syarikat tersebut, apatah lagi memberi apa-apa peluang pekerjaan!

Tanah Adat Dirampas

b

Temuramah dengan penduduk asal Pitas yang mendiami kawasan tersebut, Mastupong dari Sungai Iloi, Pitas mendedahkah di mana syarikat tersebut menceroboh tanah adat komuniti di enam buah kampung di kawasan itu yang selama ini merupakan sumber pencarian penduduk kampung.

[mks_pullquote align=”right” width=”200″ size=”16″ bg_color=”#ffffff” txt_color=”#000000″]“Apa yang berlaku sekarang, semua sumber-sumber pencarian oleh penduduk kampung telah musnah (semata-mata) untuk kepentingan kolam udang itu”

– Mastupong, Sungai Iloi, Pitas[/mks_pullquote]

Ketika di minta mengulas mengapa penduduk kampung menolak projek tersebut, Mastupong berkata: “Perlaksanaan projek ini tidak dimaklumkan kepada komuniti secara telus.

“Apa yang berlaku sekarang, semua sumber-sumber pencarian oleh penduduk kampung telah musnah (semata-mata) untuk kepentingan kolam udang itu.” Katanya.

“Bagi kami, komuniti yang tinggal di kawasan sekitar ini (kami) sangat-sangat tidak berpuas hati. Kami tidak menolak pembangunan tetapi bagi kami keseimbangan itu harus ada. Apa erti pembangunanan itu jikalau sumber pencarian komuniti telah pun musnah atau habis diambil oleh syarikat?” soalnya.

Mastupong juga berkata bahawa hasil yang dikaut oleh syarikat itu nanti langsung tidak diberi kepada komuniti.

“Ertinya di situ, memang pembangunan itu tidak memberikan perubahan ataupun mengurangkan kemiskinan tetapi bagi kami ia memang akan menambah kemiskininan kerana sumber asli yang ada di kawasan itu memang sudah tidak ada sekarang.

Gagal Penilaian Alam Sekitar

Ditanya mengenai penilaian alam sekitar berkenaan dengan projek tersebut Mastupong berkata ia tidak pernah diluluskan tetapi beliau hairan bagaimana projek itu masih boleh terus beroperasi.

Malahan sungguhpun sudah banyak bantahan dikemukan oleh komuniti dari enam buah kampung tersebut, projek itu masih berjalan seperti biasa.

Masupong juga mendedahkan bagaimana syarikat itu menerokai kawasan tanah adat penduduk yang berada di luar kawasan yang ditetapkan untuk syarikat.

“Inilah yang menjadi kerisaukan kami sebagai penduduk,” katanya kesal.

Masupong bertanya apa gunanya projek berjuta-juta ringgit sekiranya ia hanya menyusahkan rakyat dan memperkayakan hanya beberapa orang?

Sehubungan itu beliau merayu kepada pihak berwajib untuk tampil menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk dari 6 buah kampung ini dengan kadar yang segera.

– Bobohizan Press.

e

d

a

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *