Sukan Tinju Jerung kini Diisytiharkan Sebagai Sukan Nasional Australia

Melbourne: Pihak berkuasa Australia mengisytiharkan bahawa aktiviti meninju jerung kini merupakan antara sukan nasional negara tersebut.

Aktiviti tersebut yang sebelum ini jarang diadakan menjadi popular selepas peluncur warganegara Australia, Mick Fanning meninju seekor ikan jerung putih semasa meluncur di South Afrika. Jerung tersebut dikhabarkan dijumpai terapung-apung di pantai Jeffrey Bay, beberapa jam selepas kejadian tersebut – dipercayai disebabkan oleh pendarahan otak.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengalu-alukan kelahiran sukan nasional terbaru tersebut yang bakal menggantikan sukan popular Australia seperti kriket, rugby, hoki and bola sepak.

“Saya fikir, sukan baru ini sudah tentu akan mendapat sokongan di kalangan penggemar sukan tinju” kata Peter Jones, seorang ahli sukan Australia berpengaruh. “Sungguhpun kita gemar dalam aktiviti lasak tinju-meninju dengan manusia, suda tiba masanya untuk kita beralih angin dan menumpukan kudrat kita meninju binatang pula seperti jerung” tambahnya.

“Tidak dinafikan kita akan menkaji untuk memperluaskan sukan ini untuk mengadakan peraduan dengan binatang-binatang lain seperti kangaroo, unta, seladang, gajah dan harimau” tambahnya.

Siri kejohanan tinju manusia vs jerung tersebut ditayangkan pagi tadi di RTM1 pada pukul 4 pagi.

Kepada sesiapa yang terlepas mengikuti siaran tersebut, krew BE news sempat merakamkan klip tersebut, saksikan:

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *