Kes Hasutan Tuaran 4 Ditolak Oleh Makhamah Tinggi

KOTA KINABALU, 11 November 2015: 4 orang sukarelawan ataupun lebih dikenali sebagai Pejuang Kebangsaan Negara Sabah daripada sebuah NGO antarabangsa iaitu Sabah Sarawak Union-United Kingdom (SSU-UK) telah memaklumkan kepada umum bahawa kes yang difailkan oleh peguam mereka untuk membawa kes tersebut ke Makhamah Tinggi Kota Kinabalu telah ditolak.

Kes tersebut tidak diterima dalam persidangan Makhamah Tinggi dan Pendakwaraya telah meminta mereka melalui peguam untuk memfailkan kes tersebut ke Makhamah Majistret untuk dibawakan ke Makhamah Session.

Doris Jones yang bersama dengan rakannya di London yang merupakan pengasas NGO SSU-UK memberitahu kepada pengguna sosial dihalaman Facebook miliknya bahawa “Kebenaran Tetap Kebenaran Dan Menghapuskan Segala Ketakutan Didalam Diri Kita Adalah Perkara Yang Penting. Berjuang Bukan Untuk Nama Tetapi Berjuang Untuk Rakyat Negara Kita” .

Penangguhan kes ini telah mencatatkan sebanyak 3 kali namun belum ada sebarang dakwaan rasmi terhadap tuduhan keatas 4 orang Pejuang Kebangsaan Negara Sabah. Terdapat hura-hura mengatakan bahawa pihak Kerajaan “mati akal” kerana tidak mampu menakutkan pejuang-pejuang ini dan yang diluar malah momentum tersebut semakin kuat berikutan dengan kes makhamah ini. Ini disebabkan kesedaran oleh pihak Kerajaan bahawa apa-apapun hasil keputusan makhamah ini akan tetap membawa kepada Perpisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.

Pihak Bobohizan Press sentiasa mengikut perkembangan kes ini dan akan menyampaikan maklumat terkini kepada anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *