Kelicikan BN Sabah Terbongkar oleh PCS

RANAU, 13 Disember 2015: Kelicikan Jawatankuasa Penyelaras BN Negeri Sabah (JPBNNS) yang telah beroperasi selama ini di negeri Sabah telah didedahkan oleh Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) iaitu Dr.Nicholas James Guntobon.

Melalui kenyataan rasminya yang telah dikeluarkan disebuah laman website rasmi Parti Cinta Sabah, beliau mengatakan bahawa JPBNNS sebenarnya merupakan entiti yang berbeza dengan BN Malaysia.

Menurutnya, “setelah membuat pemeriksaan dengan ROS tentang nombor sijil Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM) BN Malaysia dan BN SABAH, telah mendapati bahawa masing-masing mempunyai nombor PPM yang berbeza.”

Beliau mengulas lagi dengan lebih lanjut dengan berkata bahawa Nombor PPM yang berbeza ini menunjukkan bahawa BN Malaysia dan JPBNNS merupakan entiti yang berbeza walaupun menggunakan lambang yang sama. Sama seperti KFC Holdings (Malaysia) Bhd, KFC (Peninsular Malaysia) Sdn Bhd, KFC (SABAH) SDN BHD, KFC (SARAWAK) SDN. BHD. Walaupun KFC, mereka adalah badan yang berbeza kerana mempunyai nombor pendaftaran yang diberikan oleh Company Commission of Malaysia yang tertulis di sijil atau borang 9/13 adalah berbeza.

Tambahannya lagi, pengerusi BN Malaysia dan Pengerusi JPBNNS adalah ketua parti BN Malaysia dan ketua parti JPBNNS. Cuma Pengerusi BN Malaysia yang melantik Pengerusi JPBNNS.

Selain itu, katanya “keadaan ini berbeza dengan parti politik seperti DAP, PKR, AMANAH, PAS & STAR. Semua pemimpin parti mereka di Sabah cuma Ketua Bahagian Parti. Bukan Ketua Parti. Oleh sebab itu jika DAP, PKR, AMANAH, PAS & STAR ingin menjadi Ketua Menteri (KM) di Sabah, Guan Eng, Dr. Wan Azizah, Mat Sabu, Awang Hadi & Dr. Dripin Sakoi perlu bertanding dan menang kerusi DUN Sabah.”

Sehubungan dengan isu ini, pendedahan yang telah dilakukan oleh PCS ini bukan bertujuan untuk menyerang rakan-rakan pembangkang yang lain. Tetapi sebagai faktor untuk menggabungkan pembangkang-pembangkang untuk menghadapi BN Sabah pada Pilihanraya ke-14 pada tahun 2018.

“Ini kerana katanya Artikel 6 (3) & 6 (7) harus dibaca bersama. Kerana artikel 6 (7) mewajibkan artikel 6 (3) dibaca bersama – sama dgn artikel 6 (7). Itulah undang-undang Sabah. TYT hanya mendengar nasihat Attorney General atau AG Sabah (Ketua Peguam Sabah) dalam hal interpretasi perlembagaan. BN memang licik kerana hanya BN sahaja PARTI LUAR Sabah yang boleh memenuhi perlembagaan Sabah dengan menubuhkan parti politik JPBNN Sabah sebagai parti politik tempatan Sabah supaya memenuhi kehendak perlembagaan Sabah.”

“Parti politik tempatan Sabah tidak mempunyai masalah dengan artikel 6 (3) & 6 (7) kerana ia berkemampuan untuk memenuhi syarat tersebut”, ujarnya.

Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua orang, contoh keadaan telah diberikan oleh beliau.
“Bayangkan jika kita mengabaikan perlembagaan ini. Pembangkang-pembangkang menang 40, masing-masing dapat 10 kerusi DUN, BN cuma menang 20 kerusi. Siapa yang akan dilantik oleh TYT sebagai Ketua Menteri SABAH? Mengikut artikel 6 (3) & 6 (7) yang HARUS dibaca bersama, TYT tidak ada pilihan selain melantik BN sebagai KM. Walaupun minoriti. Apa akan terjadi dengan ADUN-ADUN pembangkang yang lain? Adakah mereka akan lompat ke BN apabila ini berlaku?”

“Parti Cinta Sabah mengharapkan supaya rakyat Sabah peka terhadap undang-undang dan perlembagaan Sabah. Perlembagaan ini telah digubal oleh PBS pada tahun 1990 untuk memastikan hanya Presiden parti sahaja yang boleh dilantik oleh TYT untuk menjadi Ketua Menteri Sabah. Tanpa kita sedari, perlembagaan ini melindungi parti tempatan di Sabah kerana ketua parti di Sabah sahaja yang boleh menjadi Ketua Menteri Sabah”, ujar Presiden Parti Cinta Sabah, Dr.Nicholas James Guntobon.

Justeru, beliau mencadangkan dan menasihati bahawa “bagaimana jika semua pembangkang di Sabah faham akan isi maksud artikel 6 (3) & 6 (7), dan bersetuju untuk menyokong parti tempatan memimpin pembangkang untuk menang lebih banyak kerusi diperingkat DUN Sabah dan Pakatan Harapan disokong untuk menang lebih banyak kerusi di peringkat Parlimen di Sabah? Peluang untuk menang akan bertambah berlipat kali ganda. Parti tempatan juga harus faham artikel ini. Sekarang ini kita telah mempunyai satu badan pengurusan untuk menggabungkan parti-parti tempatan yang dinamakan United Sabah Alliance (U.S.A). USA harus mengambil peluang ini utk menggunakan satu lambang parti semasa pilihanraya-14 akan datang.”

Kenyataan beliau disokong oleh Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, Ketua STAR Sabah dan mengatakan bahawa “STAR Sabah dan USA tiada masalah untuk memenuhi keperluan perlembagaan negeri Sabah dan saya setuju kita (parti-parti tempatan) bersatu dalam USA dan menggunakan satu lambang sahaja.”

Walau bagaimanapun, Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berasa hairan tentang mengapa isu seperti ini ditimbulkan. Beliau berkata, “adakah kepentingan mereka adalah untuk mengejar jawatan Ketua Menteri? Itukah perjuangan mereka?”

Komen-komen daripada orang awam yang tidak ingin nama mereka dinyatakan berkata bahawa informasi seperti ini sebenarnya adalah sangat penting untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak terutama sekali kepada golongan ahli-ahli politik yang berbeza ideologi politik di negeri Sabah. Mereka juga berkata bahawa Informasi ini lebih tepat ditujukan kepada parti-parti malaya seperti PKR, DAP, PAS dan Amanah yang mempunyai sifat-sifat rakus untuk membolot kerusi-kerusi DUN Sabah yang telah diperuntukkan khas untuk parti-parti tempatan Sabah dan menasihati mereka agar jangan terlalu rakus tetapi kenal batas dan menghormati perjuangan politik orang tempatan di negeri Sabah.

Pihak Bobohizan Press telah menghubungi Presiden Parti Cinta Sabah, Dr.Nicholas James Guntobon untuk bertanyakan sama ada JPBNNS pernah mengadakan Annual General Meeting (AGM) atau tidak, dan jawapan yang diterima ialah “setakat ini, belum pernah kedengaran JPBNNS mengadakan AGM mereka.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *