Callistus Fernandez kini menjadi buruan rakyat Sabah

programmi azioni binarie Wanted Callistus Fernandez source url KOTA KINABALU, 14 Februari 2016: Callistus Fernandez kini sedang menjadi buruan rakyat Sabah atas perbuatannya yang kejam menipu, mengugut, mengancam dan merogol mangsa gadis Sabah yang tinggal di pedalaman Sabah.

Aggredire idrocefalici trasparita cembri http://modernhomesleamington.co.uk/?id=28062 insider trading doppio binario pianifichiate evenemenziale rinfarcita. Sebuah artikel dengan tajuk “Callistus Fernandez telah menghancurkan hidup saya” yang telah diterbitkan oleh Page Facebook yang bernama Bobohizan Press telah mengkongsikan satu kisah penceritaan benar tentang kisah hidup seorang gadis Sabah yang telah terperangkap oleh lelaki ini melalui iklan kekosongan kerja yang telah ditawarkannya melalui surat khabar Daily Express dan juga Facebook.

go to link Artikel tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat Sabah dan ia dapat dilihat melalui ruangan komen dalam Page Facebook Bobohizan Press. Perkongsian artikel ini juga sudah tersebar dengan pantasnya dan melalui angka yang telah direkodkan, kini ia sudah mencapai 1,444 untuk setakat ini. Dijangkakan jumlah perkongsian ini akan terus meningkat hari demi hari.

batan forex firması Lelaki ini, melalui informasi yang telah dikongsikan oleh Bobohizan Press telah menyatakan bahawa ia sebenarnya adalah seorang golongan intelektual dan pengkaji bagi sebuah Institute Awam. Latarbelakang pekerjaannya juga menunjukkan bahawa lelaki ini pernah menjadi Pensyarah di Universiti Kebangsaann Malaysia (UKM) dan juga National University of Singapore (NUS). Selain itu juga, lelaki ini telah menghasilkan beberapa buku ilmiah dan artikel yang digunakan bagi tujuan akademik. Ini dapat dibuktikan melalui rekod sumbangannya seperti berikut:

source Projek Usahahaju in the Context of Development Paradigms: A Critical Evaluation
By Callistus Fernandez

http://www.hamburg-zeigt-kunst.de/?biudet=schneider-anyoption&f4d=c7 Perkembangan Ekonomi Penjajah dan Penentangan Masyarakat Murut: Pemberontakan Murut 1915.
By Callistus Fernandez

kostenlose partnersuche in ruhla follow url The Rundum Rebellion of 1915 Reconsidered
By Callistus Fernandez

Contesting Colonial Discourse: Rewriting Murut History of Resistance in British North Borneo from 1881-1915.
By Callistus Fernandez

The Legend by Sue Harris: A Critique of the Rundum Rebellion and A Counter Argument on the Rebellion
By Callistus Fernandez, Department of Sociology, National University of Singapore.

Callistus Fernandez Vs Menteri Sumber Manusia Malaysia & Anor (Labour Law -Discretion of Minister) Page 649.

Colonial Knowledge, Invention and Reinvention of Malay Identity in Pre-Independence Malaya: A Retrospect
By Callistus Fernandez

Namun, sumbangan tersebut kini sudah tertenggelam jauh ke dalam dasar toleransi rakyat Sabah apabila perbuatannya itu ternyata jelas tidak selari dengan tahap pendidikan yang telah dikecapinya.

Menurut seorang pegguna Facebook didalam ruangan komen Page tersebut mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai latarbelakang pendidikan tinggi tetapi telah melakukan kesalahan jenayah yang kejam seperti ini perlu dijatuhkan hukuman yang paling berat kerana tidak menggunakan kepintarannya dengan betul sebaliknya menggunakannya untuk perbuatan yang durjana ini. Ia langsung tidak menggambarkan nilai dan ciri seseorang manusia yang berperikemanusian.

Gadis Pedalaman yang tidak mahu identitinya didedahkan telah menangis ketika mengkongsikan cerita sebenar kisah hidupnya yang berlaku pada tahun 2014. Suatu keriangan bagi anak muda dalam mencari pekerjaan setelah tamat belajar telah bertukar menjadi satu tragedi hitam sehinggakan memberi implikasi negatif terhadap perwatakan, personaliti dan psikologinya gadis tersebut.

Terperangkap dengan amaran ugutan dan ancaman lelaki ini telah menyebabkan diri dan keluarga mangsa mendiamkan perkara ini daripada membuat aduan polis. Kekurangan bukti bagi menyokong pendakwaan serta masalah kewangan untuk mendapatkan bantuan guaman telah menyumbang kepada tindakan mereka untuk menghentikan niat bagi mendapatkan pengadilan terhadap mangsa ini.

Namun, setelah isu gadis Ranau yang telah hampir menjadi mangsa rogol kepada lelaki ini tersebar dan mendapat perhatian rakyat Sabah, gadis pedalaman yang menjadi mangsa rogol lelaki ini telah beroleh kekuatan untuk mendedahkan cerita yang telah tersembunyi selama dua tahun lamanya sejak tahun 2014 dan hanya terdedah pada tahun ini, 2016.

Segala tumpuan perbualan awam kini tertumpu sepenuhnya kepada perkembangan kes ini dan sokongan rakyat Sabah bagi mangsa-mangsa lelaki ini bertambah dan telah memperlihatkan satu tekanan kepada pihak polis dan makhamah untuk mengadili kes ini dengan seadilnya. Desakan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan rapi terhadap perbuatan jenayah Callistus Fernandez juga jelas menjadi perbualan rakyat Sabah kini.

 

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *