Gadis Ranau membuat laporan Polis di Balai Polis Penampang terhadap cubaan merogol oleh bekas majikannya

KOTA KINABALU, 16 Februari 2016: Harnefer Johumin yang merupakan mangsa yang hampir dirogol oleh seorang lelaki yang bernama Callistus Fernandez, yang juga merupakan bekas majikannya telah berkongsikan perkembangan terbaru tentang kes beliau dihalaman Facebook peribadinya.

Menurut perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa pada 10 Februari 2016, dia bersama dengan ahli keluarganya telah datang ke Balai Polis Penampang pada jam 11.30am bagi membuat laporan Polis berhubung dengan insiden itu. Pada masa yang sama, lelaki tersebut juga berada di Balai Polis untuk membuat laporan terhadapnya atas tuduhan mencuri data sulit, telefon dan cincinnya.

Harnefer bagaimanapun telah menyangkal semua tuduhan tersebut melalui kenyataannya ketika memberi keterangan kepada Inspektor Hazlin yang bertugas dibawah Unit Jenayah Komersial dan berakhir pada jam 3.00pm.

Beliau seterusnya telah diminta untuk masuk ke bilik Inspektor Amir yang bertugas dibawah Jabatan Siasatan Jenayah dari jam 3.00pm sehingga 5.30pm. Segala maklumat penting telah diberikan oleh beliau menurut kenyataannya didalam Facebook.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa tersebut, beliau telah meminta agar pengambilan keterangannya ditangguhkan kerana keadaannya yang letih, lapar dan tertekan pada waktu itu. Tambahannya lagi, beliau ada memaklumkan kepada Pegawai Polis tersebut agar sebarang urusan penyiasatan tidak lagi perlu melaluinya kerana beliau sudah mempunyai peguam bagi membantu Pegawai itu dalam menjalankan siasatan ini namun Pegawai Polis tersebut memohon dan merayu kepadanya agar membantu mereka bagi menjalankan siasatan pada hari tersebut juga.

Menurut Pegawai Polis itu, Ini kerana fail siasatan telah dibuka agar dapat membantunya menyiasat perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Selain itu juga, keadaan Balai Polis yang telah menjadi kelam-kabut setelah cerita sebenar Harnefer tersebar dan menjadi viral memberikan tekanan kepada mereka agar bertindak secepat yang mungkin.

Pada masa yang sama, terdapat usaha pihak Polis untuk menyelesaikan isu ini diluar dengan memanggil lelaki tersebut untuk berbincang dengannya namun lelaki tersebut tidak mempergunakan peluang tersebut sebaliknya mengugutnya didepan Pegawai Polis didalam bilik siasatan itu. Lantas, Pegawai Polis tersebut telah mengarahkan lelaki tersebut keluar kerana telah mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.

Diakhir siasatan tersebut, beliau telah diminta untuk memberikan keterangan berhubung dengan isu cerita yang telah menjadi Viral dihalaman Facebook.

Harnefer juga memberitahu bahawa ahli keluarganya telah memaklumkan kepadanya bahawa lelaki itu kelihatan mundar-mandir dan berpeluh diluar walaupun diruangan kaunter menunggu Balai Polis itu mempunyai Penghawa Dingin.

Beliau turut menumpang sedih tentang kisah cerita gadis pedalaman yang telah menjadi mangsa kepada lelaki ini melalui artikel yang telah disiarkan oleh Bobohizan Press di Page Facebook mereka dengan tajuk “Callistus Fernandez telah menghancurkan hidup saya” dan menyeru agar gadis tersebut untuk bersama-sama dengannya berjuang bagi memastikan keadilan diberikan dalam kes mereka berdua kerana ia melibatkan maruah gadis Sabah yang mesti dijaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *