Saya Lebih Mempercayai Isteri Saya Berbanding Callistus Fernandez

Share the spells

MrHRANAU, 21 Mac 2016: Suami Harnefer Johumin dengan nama akaun Facebook “Sabah Tanah Airku” telah membuat kenyataan rasmi ringkas tentang sebaran gambar-gambar isterinya oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab yang bernama Callistus Fernandez, yang juga merupakan bekas majikan isterinya.

Dalam kenyataan rasmi ringkas didalam akaun Facebook, suami Harnefer telah memberitahu bahawa beliau telah dihubungi oleh lelaki tersebut tanpa pengetahuan isterinya  yang bertujuan untuk meracuni fikirannya agar membenci isterinya (bakal isterinya pada waktu itu).

Dalam erti kata lain, lelaki tersebut berusaha untuk merosakkan hubungan mereka namun suami Harnefer (bakal suami ketika itu) mempercayai isterinya lebih daripada orang luar tidak termakan dengan hasutan jahat lelaki tersebut. Beliau juga percaya bahawa isterinya tidak akan melakukan perkara seperti itu.

Menurut suami Harnefer, Callistus Fernandez memang pandai untuk memanipulasikan pemikiran orang namun teknik itu tidak berjaya digunakan keatas dirinya. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh lelaki tersebut namun dengan begitu mudah suami Harnefer mematahkan cubaan-cubaan Callistus Fernandez sehingga membuatkan lelaki ini telah menjadi “mati kutu”.

Suami Harnefer telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan moral kepada isterinya.

Segala doa yang diberikan tanpa mengira agama telah menjadikan kes ini sebagai sesuatu yang luar biasa kerana mendapat perhatian yang luas di Sabah, Sarawak dan Malaya. Pasangan suami isteri ini telah memohon daripada semua pihak agar terus memberikan mereka sokongan doa, moral dan motivasi kepada isterinya dan pada masa yang sama menyeru semua pihak untuk mengancam tindakan lelaki tersebut sekeras-kerasnya.

 

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *