Duta Pertama Malaysia ke Vatican

KOTA KINABALU, 30 Mac 2016: Tan Sri Benard Dompok yang merupakan mantan Presiden Parti United Pasok Kadazan Organisation (UPKO) dan juga mantan Menteri Persekutuan telah dilantik untuk menjadi Duta Besar Malaysia ke Vatican.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada beliau melalui petikan kenyataannya di dalam Facebook rasminya pada 29 Mac 2016.

Melalui kenyataan beliau, ia menyatakan bahawa perlantikan Duta Besar Malaysia keatas Tan Sri Benard Dompok merupakan satu pembuktian toleransi dan pendekatan sederhana kerajaan dalam menghormati kerukunan kerajaan dalam menghormati kerukunan beragama.

Selain itu juga, menurut Ketua Menteri Sabah perlantikan ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada pemimpin dan rakyat Sabah yang memang terkenal dengan semangat persaudaraan dan keharmonian beragama yang menjadi amalan dan budaya selama ini.

Perlantikan ini telah menjadi satu catatan sejarah baru bagi Malaysia kerana selama ini tidak pernah ada duta yang dihantar ke Vatican bagi mewakili Malaysia.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *