Dua Wakil Rakyat Penampang dibelakangi oleh Majlis Daerah Penampang

1173804_10153728880159079_9104659659321959298_nPENAMPANG, 31 Mac 2016: Seorang aktivis Kaiduan Dam yang dikenali dengan nama Facebook Jo Nandu telah mempersoalkan Majlis Daerah Penampang kerana tidak memberikan surat jemputan untuk menghadiri taklimat berkenaan dengan projek pembinaan Empangan Kaiduan kepada dua wakil rakyat mereka yang telah dipilih warga masyarakat Penampang.

Wakil rakyat bagi DUN Penampang iaitu YB.Terrence Siambun dan Parlimen YB.Darrel Leiking dikatakan tidak menerima surat jemputan itu langsung daripada Pegawai Daerah Penampang.

Dalam kenyataan di akaun Facebook aktivis tersebut, beliau mempertikaikan tentang apakah keistimewaan yang diberikan kepada Don Mojuntin, John Ambrose, wakil PBRS, Ketua Cawangan PBS, MIC, MCA berbanding dengan wakil rakyat yang dipilih oleh warga masyarakat Penampang?

Beliau telah menyelar tindakan Majlis Daerah Penampang dan mengatakan bahawa “kita sudah saksikan kesilapan berupa korupsi daripada Pejabat Daerah Penampang. Perbuatan membelakangi Wakil Rakyat yang diundi dan dipilih ini boleh dikategorikan sebagai biadap dan tiada tatasusila”.

Tambahan beliau lagi, “biarpun sekadar taklimat, tapi isu dalam taklimat ini bukan satu hal yang remeh-temeh kerana ini melibatkan kehidupan Orang Asal di Ulu Papar/Kaiduan, dan alam sekitar semulajadi yang paling berharga. Sepatutnya DO Penampang memanggil orang-orang yang khusus sekali terlibat dan bakal terjejas cara hidup berbanding dengan orang-orang yang beliau senaraikan dalam surat ini”.

Orang-orang yang bakal terjejas yang telah dimaksudkan oleh aktivis ini adalah daripada kampung-kampung yang bakal menjadi mangsa pembinaan Empangan kaiduan oleh Pairin Kitingan, selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Yang menjadi persoalan utama beliau juga ialah tiada satu langsung wakil daripada Kaiduan dijemput untuk menghadiri taklimat ini.

1 2 3

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *