Apabila Mati Tidak bermaksud Selamat Tinggal

Budaya dan kepercayaan adalah dua aspek yang menjadikan sesebuah masyarakat di sesebuah kawasan ataupun wilayah itu unik dan berbeza. Bagi rakyat Sabah dan rakyat Sarawak, kepercayyaan mereka adalah apabila seseorang yang telah meninggal dunia, ia adalah waktu dimana rohnya akan dipisahkan daripada badan dan kembali kepada Maha Pencipta mengikut kepercayaan agama masing-masing. Namun keadaan ini berbeza sama sekali jikalau dibandingkan di sebuah wilayah di Republik Negara Indonesia iaitu di Kepulauan Sulawesi.

Masyarakat di Kepulauan ini yang terdiri daripada suku kaum Torojan mempercayai bahawa walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia, ia sebenarnya belum lagi meninggal sepenuhnya selagi belum membuat korban kerbau di tempat pengebumiannya yang akan dijadikan sebagai kenderaan di alam dua orang mati.

Badan arwah itu akan disimpan dirumah berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sehinggakan mereka akan memberikan makanan dan menjaganya seperti orang yang masih hidup.

Sejumlah etnik Torojan akan meneruskan hubungan dengan arwah melalui upacara yang dipanggil ma’nene’, iaitu sejenis pengebumian kedua kali yang mana keluarga arwah itu akan membawa keluar badan arwah daripada tanah pengebumian untuk dibersihkan dan ditukar pakaian agar kelihatan baik.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila kunjungi website National Geography melalui link ini When Death Doesn’t Mean Goodbye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *