Audition Unduk Ngadau Kaamatan 2016 Peringkat Daerah Keningau

12494860_1711106852470670_3502169955323875358_nKadazan Dusun Culture Association (KDCA) Keningau/Sook bakal mengadakan Audition Unduk Ngadau Kaamatan 2016 Peringkat Daerah Keningau pada jam 2.00pm, 23 April 2016 berlokasikan di tiga buah tempat yang berbeza dengan serentak.

Lokasi audition tersebut adalah di Dewan Serbaguna Kg.Senagang, Dewan Serbaguna Apin-apin dan Dewan Masyarakat Keningau.

Peserta yang terpilih akan mengikut saringan akhir sebelum ke pusingan terakhir.

Melalui informasi poster iklan yang disiarkan oleh Page Facebook KDCA, syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;

Ketinggian minima 160cm, bujang, umur 18-25 tahun, warganegara Malaysia, berasal dari Keningau atau sedang menetap di Keningau sekurang-kurangnya 6 bulan (wajib ada pengesahan daripada Ketua Kampung) dan bukan beragama Islam.

Walau bagaimanapun, KDCA memaklumkan bahawa walaupun ketinggian minima 160cm menjadi syarat penyertaan, jika ada wanita dari daerah ini yakin mempunyai kelebihan yang lain, ia sangat digalakkan untuk mencuba dan hadir audition pada tarikh yang telah ditetapkan.

Hadiah lumayan menanti bagi peserta yang memenangi pertandingan Audition ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk informasi didalam poster, Facebook Page KDCA Keningau/Sook atau terus berhubung dengan 012-8433348 (Lyla).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *