Johan Berbasikal Hanya Mendapat RM30 sahaja

12976720_1303183776371307_4289459568962490358_oSELANGOR: Khairy Jamaludding yang merupakan Menteri Belia dan Sukan telah menjadi perhatian media khususnya pengguna-pengguna halaman sosial Facebook setelah menyampaikan plak dan hadiah wang tunai kepada johan berbasikal sebanyak RM30.00. Manakala naib johan mendapat RM20.00 dan tempat ketiga mendapat RM10.00. Tempat keempat dan kelima masing-masing hanya mampu mendapat topi dan botel air sahaja.

Orang ramai telah mempertikaikan kewarasan penganjur program kerana telah memberikan peruntukkan yang sangat kecil kepada 5 orang pemenang ini sehinggakan menampakkan pemberian itu langsung tidak berbaloi untuk dijadikan hadiah kemenangan jikalau dibandingkan dengan segala usaha peserta-peserta program yang telah berbasikal dibawah terik matahari.

Anjuran program ini adalah dibawah Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah diberikan peruntukkan sebanyak RM2 juta.

Dalam kenyataan khairy, beliau mengatakan bahawa “saya akui, jumlah wangn yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yangn paling penting kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan” .

Difahamkan melalui kenyataan Khairy bahawa program pembangunan bakat untuk sukan berbasikal ini telah bermula pada Sabtu, 9 April 2016 di Serdang, Selangor dan akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini.

 

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *