Najib Dimalukan di Johor

Pulai Jaya, Johor: Sebidang kain rentang membawa slogan menggesa PM Najib Tun Razak meletak jawatan dipamerkan di sini, BE News dimaklumkan.

Kain rentang tersebut yang membawa mesej pedas kepada perdana menteri yang dilihat semakin goyah dan kucar-kacir berhubung dengan kemelut 1MDBnya dijangka semakin tertekan dengan perkembangan terbaru ini.

Kain rentang yang menunjukkan gambar Najib dengan bersongkok itu ditulis dengan kata-kata: “Kami UMNO Bahagian Pulai Jaya 2 hilang kepercayaan kepada PM dan jemaah menteri. Kamu wajib letak jawatan, kalau ada maruah atau terima kekalahan PRU14 atas sifat ego dan tamak kamu”

Di pengakhiran kain rentang tersebut diselitkan sindiran cukup pedas berbuyi: “Poket didahulukan rakyat Dikorbankan”

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Samsol Bari Jamali, dengan tidak berlengah-lengah lagi bertindak pantas mempertahankan tuan pujaan hatinya. Beliau berpendapat bahawa kain rentang tersebut merupakan suatu provokasi untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Walau bagaimanapun, beliau tergamam apabila ditanya sekiranya ada isu lain selain daripada isu Najib meletak jawatan. Setelah diasak berkali-kali apakah isu yang cuba dialihkan oleh kain rentang tersebut, beliau mengalihkan pula jarinya kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang terkejut beruk dengan tuduhan tersebut.

“Sekarang ini semua orang boleh buat kain rentang. Saya pun boleh buat kain rentang tolak Kit Siang di Gelang Patah” katanya dengan semangat kipidap ilham daripada Abdul Rani Kulup.

Kenyataannya turut disokong oleh para pemimpin UMNO negeri yang dengan rela hati memperhambakan diri masing-masing kebawah duli yang maha mulia Najib Tun Razak dan isteri.

Sungguhpun tertekan, Najib dan Rosmah kini mampu tersenyum kembali kerana UMNO Johor sayangkan mereka.

BE NEWS

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *