Pasangan tanpa sijil kahwin dilarang memasuki pawagam

Kuala Lumpur: Pasangan tanpa sijil kahwin mungkin dilarang daripada membeli tiket wayang pada masa akan datang. Ini disebabkan oleh syor yang dikemukakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan pasangan yang tidak berkahwin tidak boleh duduk berdua-duaan dalam pawagam.

Menurut beliau lagi, pasangan yang belum berkahwin ini hanya tahu ‘beromen’ apabila mengunjungi pawagam.

Akibat daripada syor Harussani, ramai kaki wayang yang membantah syor tersebut dan menyatakan ia merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia. Salah seorang kaki wayang, Ahmad, berkata, “suka hati saya hendak membawa siapa pergi tengok wayang. Duit yang saya guna duit saya bukan duit dia”.

Tinjauan krew BE di beberapa panggung wayang di Malaysia mendapati rata-rata pengunjung pawagam datang untuk menonton wayang kerana harga tiket yang dibeli adalah mahal dan rugi jika digunakan untuk ‘beromen’. Amy, salah seorang kaki wayang berkata, “mungkin yang bagi syor tu pernah buat aktiviti sebegitu di panggung wayang”.

Semoga syor ini tidak diluluskan kerana ia akan menyusahkan ramai orang membawa sijil kahwin sebesar A4 ke pawagam semata-mata untuk menonton wayang.

BE News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *