“Pahlawan Spartan” Ditangkap di China

Beijing, China: Sekumpulan pahlawan Sparta di ditangkap oleh pihak berkuasa China yang berang dengan kekecohan yang timbul di tengah-tengah bandaraya itu, BE News dimaklumkan.

Difahamkan, kumpulan pahlawan-pahlawan Sparta itu meninggalkan negara asal mereka, Greece untuk mencari sumber pendapatan di Asia dikala Greece terumbang-ambing dengan kemerosotan ekonomi yang teruk.

Kumpulan itu dikatakan mempromosikan jenama minuman terbaru dari syarikat tempatan. Ini menjadi tumpuan warga kotaraya, terutamanya gadis-gadis China yang berebut-rebut untuk mengambil gambar mereka.

Sesetengah daripada mereka dikatakan pitam dan tidak sedarkan diri apabila didekati dan disapa oleh pemuda-pemuda Spartan ini.

Lee Mei Mei, 22, salah seorang daripada beberapa orang yang pitam berkata: “Seumur hidup saya, saya tidak pernah mendekati jejaka Sparta yang kacak, apatah lagi dengan susuk tubuh yang sasa” ulasnya. “Sudah pasti sesiapa sahaja akan merasa bahangnya” tambahnya lagi.

Seorang nenek, Ming Yue Chan, 78, berkata: “Selama ini saya sudah kurang berminat dengan lelaki-lelaki muda berikutan dengan usia saya yang lanjut, namun kemunculan mereka di tengah-tengah kotaraya, menimbulkan semula keingininan tersebut” katanya yang diserang sakit lelah yang teruk selepas didekati oleh salah seorang pemuda tersebut.

Seorang polis di Beijing, ketika diminta mengulas berkata bahawa ini merupakan satu daripada ancaman keselematan kerana menyebabkan beberapa orang pitam dan mendapat strok.

BE NEWS INTERNATIONAL

1236

4

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *