Singapura Melarang Pembenihan Awan di Johor

Share the spells

Johor Bahru: Singapura melarang keras usul negeri ini untuk melakukan pembenihan awan untuk mengatasi keadaan empangan yang semakin kering.

Pihak negeri Johor bercadang untuk membenihkan awan di kawasannya bagi mengisi semula 2 empangan yang hampir kering di Sungai Lebam dan Empangan Layang. Sungguhpun begitu, sikap kiasu Singapura terserlah apabila membantah bulat-bulat usul tersebut.

Singapura menentang keras cadangan tersebut kerana gusar ia akan mengakibatkan bencana ribut taufan dan malapetaka yang akan mengorbankan ribuan penduduknya.

Yang menariknya, walaupun Johor bukanlah wilayah jajahan republik itu, dan tidak perlu tunduk kepada arahan Singapura, perkara sebaliknya berlaku. Johor dengan rela hati akur kepada perintah negara tersebut dan terpaksa mencari alternatif lain yang lebih mahal untuk tujuan berkenaan.

Ini menimbulkan rasa geram dan sakit hati dikalangan sesetengah penduduk Johor yang berang dengan sikap lembut negeri itu. Mohammad Hussain dari Kampung Lebam berkata: “memang kerajaan negeri sekarang ni agak jilake!” katanya kesal, memetik kata-kata keramat Abdul Rani Kulup.

Kedua-dua empangan tersebut adalah sumber air kepada lebih daripada 760,000 penduduk dimana Empangan Layang sendiri menyalurkan air kepada Pasir Gudang, kawasan perindustrian penting negara ini.

BE News.

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *