Ular Berkaki Empat ditemui di Brazil

Cear√°, Brazil: Fosil ular berkaki empat ditemui disini dan bakal mengubah persepsi para saintis mengenai teori evolusi.

“Walaupun ia mempunyai 4 kaki, Tetrapodophis amplectus¬†mempunyai ciri-ciri yang jelas menunjukkan bahawa ia merupakan fosil ular” kata Nick Longrich, seorang ahli palaentologis dari Universiti Bath, Britain, salah seorang pengarang penemuan tersebut di journal Science.

Kaki ular ini mungkin tidak digunakan untuk pergerakan tetapi mugkin digunakan untuk mencengkam mangsa atau mungkin juga untuk tujuan mengawan kata penyelidik. Spekulasi tersebut memberi ilham kepada nama ular tersebut dalam bahasa Latin.

“Saya yakin bahawa ia berkemungkinan adalah fosil ular” Kata David Martill, seorang lagi penyelidik dari Universiti Postsmouth, UK yang menemui fosil tersebut pada tahun 2012.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa spesis ular tersebut mugkin berasal daripada sejenis cicak yang berevolusi.

dn27949-2_800

dn27949-3_800 Apakah pendapat anda? Adakah ini merupakan fosil ular atau sebaliknya? BE.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *