Pencuri Lembu Dibelasah, Dipaksa Makan Najis Lembu – Apa pendapat anda?

Kuantan, Pahang: Dua orang lelaki bukan sahaja dibelasah teruk sehingga berlumuran darah namun dipaksa pula memakan najis lembu.

Difahamkan, kedua-dua lelaki yang disyaki mencuri lembu itu disedari pemilik haiwan berkenaan sebelum mengekori mereka kesebuah kandang ternakan lembu di dalam kawasan ladang sawit.

Sebaik tiba di pintu pagar kandang, kedua-duanya dicekup sebelum dibelasah oleh sekumpulan penduduk. Dalam pada masa yang sama, kereta suspek juga dibakar dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, mulut mereka disumbat dengan najis binatang.

Persoalannya, adakah perlakuan ini setimpal dengan perbuatan suspek tersebut?

Tidak dapat dinafikan bahawa berkemungkinan besar pemilik lembu tersebut tidak dapat menahan kemarahannya dan bertindak di luar batasan.

Ini adalah lumrah manusia biasa, namun perlukah pencuri-pencuri tersebut, selepas dibelasah teruk-teruk, dihina pula dengan menyumbatkan najis binatang ke dalam mulut mereka? Tidak cukup dengan itu kereta suspek juga turut dibakar.

Adakah kita berhak berbuat demikian semata-mata kerana sesatu yang berharga milik kita diambil orang? Pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa pemuda-pemuda tersebut mungkin dihimpit dengan kemiskinan dan tidak mampu mencari nafkah?

Seorang menteri suatu ketika dulu didapati terlibat dengan pengambilan wang bernilai RM256 juta yang diperuntukkan untuk perusahaan lembu NFC. Sampai ke hari ini, beliau masih bebas dan masih ada rakyat yang sudi mencium tangannya.

Adakah disebabkan beliau itu seorang menteri maka beliau wajar diberikan layanan istimewa, sementara rakyat biasa pula dipaksa makan najis? Salah siapa?

B.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *