Najib Semakin Panik: Selepas Sarawak Report, The Edge pula Diharamkan

 Kuala Lumpur: Najib Tun Razak dilihat semakin kusut dan panik berhubung kemelut penyelewengan harta negara berjumlah berbillion-billion ringgit yang berkait rapat dengan projek anak emasnya, 1MDB holding.

Selepas dikejutkan dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai yang mengemukan bukti-bukti mengenai penyaluran dana negara ke akaun peribadi Najib, beliau dikatakan menjadi semakin kalut. Sebelum ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan kisah rakus penyelewengan agensi separa kerajaan, MARA dan Tabung Haji.

Susulan daripada laporan WSJ itu, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan dan dianggotai oleh peguam negara, Abdul Gani Patail; Gabenor bank negara, Tan Sri Zeti Aziz; ketua polis negara, Khalid Abu Bakar; dan ketua pesuruhjaya pencegahan rasuah, Abu Kasim Mohamed.

Sumber dalaman mengatakan bahawa Datuk Seri kini seolah-olah mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena.

Selepas menghalang aksess kepada laman penyebar maklumat, Sarawak Report, kini pihak kerajaan mengambil langkah untuk mengharamkan pula The Edge selepas menerbitkan laporan berhubung 1MDB baru-baru ini.

Dikala kebebasan bersuara di negara ini ditindas dan ditutup, penyangak-penyangak yang bertanggungjawab mencuri harta negara masing-masing menghilangkan diri. Jho Low dan beberapa pembantunya lesap dipercayai disembunyikan oleh hantu-hantu bunian.

Raja Bomoh Malaysia, Ibrahim Mat Zin ketika di minta mengulas berkata: “Jho Low ini agak sukar untuk dikesan kerana hantu-hantu jin yang mendampinginya cukup banyak dan hebat-hebat belaka” katanya.

B.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *