MH17: Adakah RUSSIA Dalangnya?

[huge_it_gallery id=”1″]

RUSSIA membantah keras penubuhan tribunal antarabangsa yang akan menjatuhkan hukuman terhadap negara yang didapati bersalah menembak jatuh pesawat MH17 di wilayah Ukraine.

Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi pada rabu ini berhubung dengan tribunal tersebut. Cadangan bersama tersebut dibentangkan oleh negara-negara seperti Malaysia, Australia, Belanda, Belgium dan Ukraine.

Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan bahawa cadangan tersebut adalah tidak matang dan tidak produktif.

Beberapa diplomat majlis keselamatan tersebut menjangka bahawa Russia akan mengunakan kuasa Vetonya bagi menghalang tribunal antarabangsa tersebut, yang mungkin akan menyabitkan Russia sebagai negara yang bertanggungjawab.

Beberapa diplomat asing berkata bahawa Russia khuatir negara itu akan disabitkan dengan jenayah yang mungkin akan menyebabkan negara itu dijatuhkan hukuman yang berat. Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Amsterdam, Belanda berkata: “Berani kerana benar, takut kerana salah! Apa yang hendak ditakutkan oleh Russia sekiranya negara tersebut tidak bersalah?”

Kapal MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak-anak kapal dan terhempas di wilayah Ukraine yang dikuasai oleh pemisah Russia. Dua-pertiga daripada penumpang yang terkorban berasal dari Belanda.

B.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *