Bahaya Tidur Dengan Headphone Dicas!

Share the spells

Gambar ini menunjukkan seorang warga Filipina yang terbunuh dan mengalami kebakaran teruk pada kepalanya dipercayai berpunca daripada set headphone yang meletup ketika sedang dicas.

Gambar ini tersebar luas selepas seorang pengguna Facebook, Crizelle De Vera memuat naik gambar tersebut. Dalam postnya, beliau mengingatkan semua untuk tidak menggunakan headset yang sedang dicas kepada telefon.

Menurut De Vera, wanita dalam gambar ini maut semasa sedang tidur. Sewaktu tidur, telefonnya menjadi terlalu panas, terbakar dan meletup menyebabkan wanita ini direnjat oleh arus elektrik dan mati serta-merta.

Siasatan kami mendapati bahawa kejadian tersebut mungkin berlaku pada bulan Jun 2015 seperti yang terpampang pada post De Vera.

Walau bagaimana pun tidak ada berita seumpamanya dilaporkan pada masa tersebut. De Vera tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan kejadian tersebut.

Sungguhpun begitu, kami menjumpai beberapa laporan yang serupa pada tahun 2014 dimana seorang warga Filipina mati selepas direnjat elektrik berpunca daripada pengunaan pengecas USB murah yang tidak mengikuti piawaian keselamatan.

Dalam laporan AFP tersebut, dikhabarkan bahawa wanita Filipina warganegara Australia yang beumur 28-tahun tersebut memakai set headphone yang tidak mematuhi piawaian keselamatan. Headphone tersebut dicas kepada computer ribanya tetapi mengalami litar singkat dan menyebabkan kebakaran di dada dan telinga di kediamannya di Gosford, utara Sydney.

“Sebuah telefon juga sedang dicas kepada pengecas USB tersebut. Pengecas tersebut mungkin mengalami kegagalan litar”, kata Lynelle Collins kepada AFP. Berita tersebut juga dilaporkan di the Telegraph, UK.

Benar atau tidak, kejadian ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk lebih berhati-hati terutamanya dalam menggunakan peralatan elektronik murah dan tidak mengikuti piawaian keselamatan yang ditetapkan.

B.

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *