KLIA 2 tenggelam?

Share the spells

SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dikatakan semakin tenggelam. Beberapa lopak air telah timbul di sekitar landasan KLIA 2 dan perkara tersebut memberi kebimbangan kepada ramai pihak termasuk syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

CEO AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes bekata, perkara sebegini seharusnya tidak berlaku. Tambah beliau, “mereka sepatutnya tunggu sehingga tanah di KLIA 2 menjadi stabil, baiki kerosakan yang terjadi dan akhir sekali pindah ke KLIA 2”.

KLIA 2 telah dibina dengan kos RM 4 billion (asal RM 1.7 billion) pada tahun 2009 dan mula beroperasi pada Mei 2014. Pada mulanya pihak AirAsia enggan berpindah ke KLIA 2 disebabkan oleh isu keselamatan terutamanya kestabilan landasan KLIA 2. Pihak AirAsia terpaksa pindah ke KLIA 2 setelah kerajaan menyatakan untuk menghentikan perkhidmatan imigresen dan kastam di LCCT.

Pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam ulasannya kepada Tony Fernandes berkata perkara seperti ini telah dijangkakan dan pembaikan sedang dijalankan. CEO AirAsia, Aireen Omar berkata, beliau terpaksa membuang masa untuk menyelesaikan masalah yang sepatutnya tidak terjadi.

KLIA2 sinking_2

Tell Us What you Think

While we appreciate and welcome healthy debates and personal opinions, we do not endorse comments with profanities, racism and inflammatory remarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *