Najib tersedak! Facebook Beliau Kini Dibanjiri Dengan Undi Tidak Percaya Rakyat.

Facebook PM Najib Tun Razak kini dibanjiri dengan komen-komen yang tidak putus-putus datang dari rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan pemecatan TPM, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Najib menghantar postnya yang terbaru berkaitan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan beberapa menteri digugurkan. Dalam pos tersebut, Najib berkata beliau kini yakin bahawa “dengan rombakan tersebut, sokongan rakyat akan bertambah kepada kerajaan“.

Bagaimanapun, perkara yang sebaliknya berlaku di mana post tersebut dibanjiri oleh komen-komen menggila rakyat yang mengunakan hastag #najibletakjawatan yang sekarang menjadi trending tertinggi di media sosial.

Krew Bobohizan tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membuang undi tidak percaya kepada Najib. Kiraan ilmu hisab kami mendapati bahawa post tersebut mendapat komen pada kadar setiap 10 saat, dan dijangka akan menjadi lebih kerap di waktu puncak.

Anda boleh berbuat demikian di facebook beliau: Najib Tun Razak.

B.

2

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *