Sejarah Kapal Terbang Pertama di North Borneo, tahun 1930

Pada bulan Jun 1930, ruang udara North Borneo buat pertama kalinya menerima kunjungan kapal terbang dari Royal Air Force (RAF) di bawah pimpinan ketua skuadron, Gerry E. Livock.

Expedisi penjelajahan dari Singapura ke North Borneo tersebut memakan masa selama lebih kurang 6 minggu. Dua kapal terbang yang terlibat dalam siri peninjauan kerajaan British itu dipanggil RAF “bot terbang” (S1419 dan S1149).

Kapal jenis Supermarine Southamptons tersebut merupakan antara kapal terbang paling canggih pada zaman itu dan mula diperkenalkan untuk tugasan am RAF seawal tahun 1925.

Crew of S1127 - Williams Nicholetts Cushing Livock.
Anak-anak kapal S1127 – Williams, Nicholetts, Cushing, dan G.E Livock.

Anak-anak kapal yang terlibat dalam expedisi ke Borneo termasuklah, Ketua skuadron, Gerry E. Livock, Grierson, Baker, Nicholetts, Tansley, dan Buckingham.

“Bot terbang” tersebut mendarat di Jesselton pada 2 Jun 1930. Antara bandar-bandar lain yang dilawat termasuklah Kudat, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Penerbangan dua kapal tersebut melakar sejarah kerana ia bukan sahaja kali pertama kapal terbang menyusur di ruang udara North Borneo, tetapi juga merupakan peristiwa penting dalam pos terbang (Air Mail) di Borneo.

Kapal-kapal tersebut kembali ke Seletar, Singapura pada 7 Julai 1930.

Dalam siri penerbangan tinjauan tersebut, sejumlah surat dibawa bersama bagi pihak pejabat pos.

Surat-surat tersebut membawa cap pos (postmark) khas berbentuk simbol kapal terbang yang mampu mencecah harga ribuan ringgit dan merupakan antara cap paling sukar untuk dicari dalam koleksi setem North Borneo.

Hanya terdapat beberapa contoh surat-surat yang membawa cap khas tersebut yang diketahui setakat ini. Malahan, besar kemungkinan bahawa pihak muzium Sabah sekalipun belum tentu mempunyai surat bersejarah sedemikian.

Adakah anda tahu sesiapa yang mempunyai surat tersebut?

Source: North Borneo. North Borneo Stamps.

image1
Surat yang ditujukan kepada ketua skuadron “bot terbang” RAF, G.E. Livock yang membawa cop khas yang sukar diperolehi. Surat ini mampu mencecah harga ribuan ringgit!
1125517g
Surat dari Kudat yang membawa cop khas kapal terbang pertama North Borneo, 5 Jun 1930


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *