Dr. M: RM2.6 Billion dalam kempen UMNO Melanggar Peraturan Pilihanraya

Tun Dr. Mahathir Mohammad hari ini berkata bahawa pengunaan wang berjumlah RM 2.6 billion dalam kempen pilihanraya UMNO adalah menyalahi peraturan pilihanraya.

Dalam blognya, beliau berkata bahawa adalah salah bagi setiap calon pilihanraya untuk melebihi jumlah tertentu untuk membiayai kempen pilhan raya. “Akaun perbelanjaan pilihanraya setiap seorang calon perlu dilapor kepada pihak berkuasa” katanya.

Dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jumlah maksimum  yang boleh digunakan oleh setiap calon adalah RM200,000 untuk kerusi Parlimen dan RM100,000 untuk kerusi negeri.

Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri yang dipertandingkan pada 2013, oleh itu menurut undang-undang tersebut, BN hanya boleh membelanjakan RM 95 juta dalam kempen pilihanrayanya. Mahathir berkata bahawa undang-undang ini diwujudkan untuk “mengelak dari rasuah berlaku”.

“Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari ibu pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi perlimen” katanya.

“Jika sekarang UMNO perlu 2½ billion untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan dan undang-undang pilihanraya” tambahnya lagi.

Dr. M dalam blognya membidas sesetengah pihak yang menuduhnya membuat perkata yang sama semasa beliau masih memegang jawatan presiden UMNO. Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai “tidak berasas dan semata-mata fitnah” oleh pihak yang cuba menghalalkan perbuatan Najib.

Ketua penerangan strategik BN, Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini memberi gambaran bahawa Najib menyimpan aset UMNO sebagai pemegang amanah dan dibenarkan dalam perlembagaan parti.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *