Immaculate Lojuki Dari Penampang Dimahkotakan sebagai Miss Global International Malaysia

Miri, Sarawak: Peserta ratu cantik dari Penampang, Sabah dimahkotakan sebagai Miss Global International Malaysia 2015.

Pelajar kolej, Immaculate Lojuki, 22 tahun, memenangi gelaran tersebut setelah para hakim pertandingan sebulat suara memilihnya sebagai peserta yang tercantik di antara 15 peserta lain dari seluruh negara.

Peserta dari Sabah ini akan mewakili Malaysia bagi pertandingan Miss Global International di Jepun pada November ini.

Selain daripada memenangi gelaran utama Miss Global International Malaysia 2015, Immaculate juga dianugerahkan dengan dua lagi anugerah sampingan iaitu: Kostum Kebangsaan Terbaik dan Miss Body Beautiful.

Beliau bukan sahaja menunjukkan keyakinan dan keanggunan tersendiri, tetapi juga menunjukkan kebijaksanaan yang menarik perhatian para hakim dalam sesi soal-jawab.

Ditanya apakah masalah sosial terbesar dikalangan remaja sekarang, Immaculate, seorang pelajar Perniagaan berkata bahawa media sosial adalah antara punca berlakunya gejala sosial yang kurang sihat hari ini.

“Facebook, Instragam, blog dan lain-lain boleh diaksess dengan mudah melalui telefon pintar. Malangnya, gejala ini menyebabkan para remaja menjadi anti sosial dan mungkin akan melarat menjadi masalah besar pada masa depan” katanya.

Tempat kedua dimenangi oleh Livonia Ricky dari Kuching, Sarawak yang akan mewakili Malaysia sebagai Miss Intercontinental yang akan diadakan di Jerman hujung tahun ini.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar dari Kuala Lumpur, Tanisha Kaur, yang juga akan mewakili Malaysia untuk Miss Supranational di Poland.

iMa9acf
Immaculate Lojuki dari Penampang diapit oleh pemenang ketiga Tanisha Kaur dan Livonia Ricky, pemenang kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *