Haiwan Terancam Sabah Dijual di ‘Tamu’ Online

Kota Kinabalu: Penjual haiwan terancam di Sabah kini semakin berani melakukan aktiviti haram mereka dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata pihak berkuasa sedang memantau perkembangan di kumpulan gelap Facebook yang menjual bermacam-macam jenis spesis haiwan terancam dari Sabah seperti harimau dahan, beruang, tengilling, dan burung-burung seperti burung kenyalang dan burung hantu.

Kumpulan tertutup di Facebook itu mempunyai 27,000 pengikut dan dinamakan “jual beli binatang peliharaan anda (Sabah)”. Sejak pemantauan ketat Jabatan Hidupan Liar Sabah, kumpulan tersebut mengubah taktik mereka dan memperketatkan kemasukan ahli baru dan megubah kumpulan tersebut sebagai kumpulan ‘bawah tanah’. Ini menyebabkan kumpulan tersebut sukar untuk dicari walaupun dengan fungsi search dalam Facebook.

“Walaupun mempunyai penyokong tersendiri, namun terdapat juga pihak yang bersimpati terhadap binatang-binatang terancam ini. Merekalah yang memberi keterangan dan maklumat kepada Jabatan Hidupan Liar” tambah William.

Berdasarkan kepada maklumat yang diberi, Jabatan Hidupan Liar menahan seorang pemuda berumur 24-tahun yang dihadapkan ke mahkamah pada 30 Julai lalu atas tuduhan menjual binatang liar melalui Facebook.

William berkata pemuda ini didapati bersalah kerana memiliki Harimau Dahan (Neofelis Nebulosa) yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1997.

Beliau memberi amaran bahawa mereka yang didapati bersalah menjual spesis binatang terancam ini boleh dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

“Kami juga memantau Whatsapp group dan akaun Instagram yang mempromosikan binatang eksotik untuk dijual, samada sebagai binatang peliharaan atau untuk makanan,” kata William.

Tambahnya lagi, dalam tempoh 6 bulan sahaja pada tahun ini, sudah terdapat 23 kes melibatkan 35 orang individu yang ditahan kerana perlbagai kesalahan, termasuklah memburu, menjual dan memindahkan haiwan-haiwan terancam.

webpage
Laman Facebook yang menjual binatang terancam dari Sabah (Foto ihsan: Borneo Post)
cldleo0308_300_225_100
Harimau Dahan yang Diburu untuk Taring dan Bulunya. (Gambar ihsan dari Jabatan Hidupan Liar, Sabah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *