Seorang ibu menjadi Buta akibat Meminum 28 tin Red Bull Setiap Hari

Ireland Utara: Seorang ibu seberat 165 kg menjadi buta akibat meminum 28 tin Red Bull setiap hari.

Lena Lupari, 26, dari Newtownabbey, Antrim, Ireland Utara, dikatakan menjadi terlalu berat berpunca daripada pengambilan lebih dari 7 liter minuman tersebut setiap hari. Ini menyebabkan otak beliau membengkak.

Ibu kepada tiga anak tersebut mengambil lebih daripada 3,000 kalori setiap hari dari minuman tersebut dan tidak sedar akan kemudaratan tabiat tersebut sehingga beliau jatuh tidak sedarkan diri pada bulan Jun.

Doktor yang merawatnya mendapati bahawa bahawa beliau menghidap penyakit yang dikenali sebagai Idiopathic intracranial hypertension (IIH) atau tekanan tinggi di dalam kepala yang tidak diketahui puncanya. Mereka percaya bahawa ini mungkin disebabkan oleh keadaan berat badannya yang tidak terkawal.

Lupari yang membelanjakan lebih kurang £6,000 (RM36,100) setiap tahun dari wang bantuan kerajaan – atau £450 (RM2,700) setiap bulan untuk membeli minuman berkalori tinggi itu berkata bahawa beliau ketagih untuk mengambil minuman tersebut setiap hari.

“Sebelum ini saya selalu meminum sebanyak 28 tin Red Bull setiap hari dan hanya makan pada waktu malam, itu pun selalunya makanan segera atau paket pasta yand dibeli dari kedai,” katanya.

“Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil, seorang dengan kecacatan, dan tidak mempunyai masa untuk memasak,” tambahnya.

“Saya juga menghidap penyakit migraine dan sakit kepala selama 5 tahun tetapi tidak mengendahkan semua ini dan hanya mengambil ubat penahan sakit”

“Kemudian pengelihatan saya menjadi semakin kabur dan saya seterusnya menjadi buta. Saya terpaksa dirawat di hospital selama 6 hari,” katanya.

Pakar perubatan yang merawatnya berkata bahawa beliau harus menurunkan berat badan sebanyak 44.5 kg untuk mengawal keadaan penyakitnya. Semenjak dimasukkan ke hospital pada bulan Jun, beliau telah berhenti daripada mengambil minuman tersebut dan berjaya mengurangkan 12.7 kg berat badannya.

Intracranial hypertension (IH) merupakan keadaan di mana tekanan di dalam kepala menjadi terlalu tinggi dan boleh berlaku secara mendadak atau perlahan-lahan dan agak jarang ditemui dalam bidang perubatan.

Simptom yang selalu berlaku bagi penghidap IH adalah sakit kepala yang teruk dan perubahan dalam pengelihatan disebabkan oleh saraf mata (optic nerve) yang membengkak.

Tin Red Bull 250ml mengandungi 80mg kaffein yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi laju dan menaikkan tekanan darah serta menyebabkan penyakit jantung koronari dan tinggi darah.

Minuman itu juga mengandungi sejenis bahan yang dinamakan taurine, salah satu unsur penting protein yang selalunya dijumpai di dalam daging dan produk tenusu, dan dianggap memberi faedah dalam kuantiti yang kecil.

Pencipta minuman tenaga Red Bull, Dieterich Mateschitz dari Austria kini merupakan seorang billionaire. Beliau menjumpai tonik kesihatan tersebut di Bangkok dan memperkenalkan versi beliau pada tahun 1987 dan mendakwa bahawa minuman tersebut boleh memberi kesegaran minda dan badan, meningkatkan daya ketahanan, dan menambah konsentrasi serta membantu menghilangkan toksin dalam badan.

lena lupari
Lena Lupari yang menjadi buta akibat daripada meminum Red Bull sebanyak 28 tin sehari (Foto ihsan Facebook)

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *