Durian Belanda (Graviola) Sebagai Penawar Kanser

Durian belanda atau graviola boleh didapati dengan mudah di negara-negara tropikal seperti Malaysia. Buahnya boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh juga dibuat sirap, gula-gula, minuman dan juga ais krim.

Dalam perubatan tradisional, durian belanda bukan sahaja kaya dengan khasiat, tetapi juga dikatakan boleh menyembuhkan bermacam-macam jenis penyakit termasuklah sesetengah penyakit barah, mengawal penyakit kencing manis, penyakit hati dan radang sendi.

Dalam sebuah jurnal perubatan, sekumpulan penyelidik mendapati bahawa ekstrak durian belanda menyebabkan pengurangkan penghasilan HIF-1α dan NF-κB, iaitu bahan-bahan yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran sel-sel barah pancreas.

Ekstrak durian belanda juga menyebabkan kematian sel-sel barah pancreas melalui proses necrosis, dimana saluran darah dan zat-zat kepada sel-sel barah dihalang untuk membunuh sel-sel ini sebelum melarat.

Ekstrak daun durian belanda juga dikatakan boleh menyebabkan kematian sel-sel barah usus (colon cancer) dan barah paru-paru.

Penyelidikan lain pula mendapati bahawa ekstrak durian belanda boleh membunuh sesetengah jenis barah hati dan payudara yang sukar untuk dirawat dengan ubat kemotherapi.

Walaupun begitu, kebanyakan daripada kajian melibatkan durian belanda ini hanya dilakukan di makmal ke atas sel-sel barah (in-vitro). Masih terdapat ruang kajian yang perlu dilakukan ke atas haiwan (in vivo) dan manusia (clinical trial) sebelum ia benar-benar dapat dipastikan keberkesanannya.

Adalah jelas bahawa, durian belanda bukan sahaja berkhasiat dan sedap dimakan, tetapi juga boleh membantu mencegah daripada berlakunya barah. Setakat mana keberkesanannya tidak dapat dipastikan.

Walaupun kajian setakat ini tidak menyangkal potensi durian belanda sebagai pencegah kanser, namun adalah penting untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan kerana pencegahan kanser adalah berbeza dengan rawatan penyakit ini.


(Artikel disumbangkan oleh Doktor yang berkecimpung dalam bidang penyelidikan onkologi di UK untuk bacaan umum)

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *