Journalis British Claire Rewcastle-Brown Mendapat Pelindungan Polis London Selepas Diintip dan Diekori

London: Journalis British, Clare Rewcastle-Brown mendapat perlindungan polis Britain selepas diintip dan digambar di Hyde Park, London, the Independent melaporkan.

Rewcastle-Brown, adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, dituduh terlibat dalam “aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen” selepas menerbitkan dokumen berkaitan dengan skandal 1MDB dan pemindahan RM2.6 billion ke akaun peribadi Najib Razak di lamannya Sarawak Report. Pihak berkuasa di Malaysia berkata dana tersebut didermakan oleh individu Arab yang tidak dinamakan untuk tujuan politik dan bukannya tujuan peribadi.

Sarawak Report juga mendakwa bahawa Peguam Negara, Abdul Gani Patail, sedang dalam proses menyediakan waran tangkap ke atas Najib sebelum beliau dilucutkan jawatan secara tiba-tiba. Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu ini mengumumkan bahawa ia sudah mengeluarkan waran tangkap ke atas Rewcastle-Brown dan akan menuntut polis antarabangsa (Interpol) untuk meletakkan namanya di dalam senarai paling dikehendaki.

Andrew_Brown__brot_3398060b
Suami Clare Rewcastle-Brown, Andrew Brown, adik kepada bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown

Di dalam temuramah bersama dengan The Independent, Rewcastle-Brown menyifatkan bahawa waran tersebut adalah “tidak masuk akal” dan berkata bahawa taktik tersebut dibuat untuk tujuan menakut-nakutkan sumbernya. “Ia bukannya sesuatu yang akan berlaku kepada saya. Mereka mendakwa saya di bawah undang-undang yang tidak wujud di Britain atau mana-mana negara demokratik yang normal” katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa beliau kini menjadi mangsa intipan jahat di London dan terpaksa meminta bantuan daripada Polis Metropolitan London. “Saya terpaksa membuat laporan polis bahawa saya telah diekori dan diintip”

Bulan lepas beliau mendedahkan bahawa beliau bukan sahaja diekori tetapi juga diambil gambar semasa sedang menikmati teh bersama dengan bekas pegawai Malaysia yang bercuti di UK. Ini berlaku di Restauran Magazine, berdekatan dengan Hyde Park, London.

Student-protesters_3398023b
Pelajar menuntut Najib Razak meletak jawatan

“Saya membelakangi tingkap kaca, dan rakan saya berbual asyik melihat ke luar dan menjadi agak gelisah. Beliau berkata kepada saya ‘adakah anda sedar bahawa anda sedang diekori?'”

Seorang lelaki yang nampaknya berketurunan “Cina-Malaysia” berada di luar tempat kami duduk dan “agak jelas sedang mengambil gambar kami” sementara “berpura-pura mengambil gambar orang ramai yang keluar masuk ke restauran itu” katanya. “Saya kemudiannya berdiri, berjalan keluar dan mengherdiknya sebelum beliau melarikan diri”.

Rewcastle-Brown melaporkan perkara itu kepada Scotland Yard (Institusi Polis Britain) yang mengesahkan menerima laporan tersebut. “Mereka mengambil keterangan saya termasuklah rumah saya kerana ada pihak yang memerhatikan gerak-geri saya di luar rumah dari dalam kereta mereka” tambahnya lagi.

Beliau juga risau yang emailnya digodam dan dicerobohi. “Hampir semua orang yang pernah berhubung dengan saya sudah ditangkap”

Rewcastle-Brown, yang dilahirkan di Sarawak, sebelum ini menggunakan blongnya untuk mendedahkan kegiatan penebangan hutan hujan di Borneo tetapi meluaskan skopnya apabila mendapati bahawa korupsi dan rasuah sebagai penyebab utama kepada pemusnahan hutan tersebut.

Awal tahun ini, Sarawak Report mula melaporkan ketirisan duit dari projek bermasalah kerajaan Malaysia, 1MDB.

“Ramai aktivis hak asasi dan pemikir bebas yang ditangkap tanpa sebab dan ditakut-takutkan. Pelukis kartun popular negara ini berdepan dengan hukuman penjara 43 tahun dibawah tuduhan hasutan. Saya tidak akan berasa sedikitpun tergugat kerana keadaan adalah lebih buruk lagi bagi rakyat di sana,” katanya.

Walaupun begitu, beliau gusar akan taktik terbaru yang dilakukan ke atasnya. “Saya selalu berkata bahawa mereka tidaklah sebodoh itu untuk cuba mengapa-apakan saya. Namun saya mula bimbang bahawa mungkin suatu hari nanti mereka mungkin akan berbuat demikian,” tambahnya lagi.

(Ikuti artikel penuh berbahasa Inggeris di The Independent)

Najib_Razak_3398016c
Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *