Rahman Dahlan Pembela atau Pengkhianat Rakyat Sabah?

KOTA KINABALU, 7 Ogos 2015: Watak pembela dan pengkhianat rakyat boleh dilihat pada kata-kata dan ideologi politiknya.

Justin Ingin telah mengecam sikap dan perbuatan YB. Datuk Abdul Rahman, MP Kota Belud kerana kenyataannya yang selalu tidak pernah berpihak kepada rakyat Sabah. Beliau mengatakan bahawa watak seseorang pemimpin dan rakyat yang berjuang secara jujur untuk membela rakyat dan menegakkan kebenaran akan dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat manakala apabila seseorang yang hipokrit berjuang untuk mengejar kedudukan jawatan demi kepentingan peribadi akan dapat dinilai pada kata-kata, ideologi politik serta tindak-tanduknya.

Daily Express
Daily Express

Rahman Dahlan kerap kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan songsang yang menghakis kepentingan dan hak-hak Sabah dan ini dilihat sangat jelas pada mata kebanyakan nasionalis, pemerhati politik dan rakyat pada umumnya sebagai kenyataan-kenyataan seperti seorang petualang, pembelot dan penderhaka kepada rakyat Sabah, ujar Justin Ingin.

Untuk memperjelaskan lagi kenyataannya, beliau telah menambah bahawa watak songsang dan negatif yang diperhatikan olehnya jelas menunjukkan bahawa Rahman Dahlan bukanlah seorang “wakil Rakyat” yang baik dan jauh sekali untuk membela rakyat Sabah. Justeru, rakyat Sabah seharusnya menolak habis-habisan “pemimpin boneka” sepertinya ini pada pilihanraya yang akan datang. Jika ada ramai pemimpin Sabah seperti ini, rakyat Sabah akan mengalami kerugian besar malah mungkin akan kehilangan lebih banyak hak dan sumber-sumber kekayaan, dan yang lebih teruk lagi akan kehilangan harga diri, maruah dan kedaulatan, katanya.

Rahman Dahlan juga dilihat sebagai proksi malaya yang melaksanakan agenda malaya melalui UMNO di Sabah. Persepsi rakyat di Sabah terhadapnya adalah sebagai “tukang jilat kepimpinan Kerajaan Pusat Malaya, pak angguk, pak turut, pak unta dan pak hamba kepada neokolonialisme (penjajahan baru)” demi kepentingan politik dan kedudukan jawatannya sebagai Menteri Penuh Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kerajaan Persekutuan.

Kalau benar beliau adalah seorang anak watan Sabah, seorang yang patrioritik dan ada semangat nasionalisme, beliau sepatutnya sentiasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang membela rakyat sabah dan bukan disebaliknya, tegas Justin Ingin.

Selepas hasil keputusan RCI diumumkan, Rahman Dahlan telah menuding jari kepada rakyat Sabah serta mempersalahkan mereka atas isu kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PTI). Kenyataannya ini telah menjadi kontroversi kerana ia sangat mengejutkan semua pihak. Seperti yang diketahui oleh semua orang, PTI sebenarnya didalangi oleh UMNO.

Justin Ingin merupakan seorang yang lantang bersuara di dalam Facebook jikalau terdapat perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan kepentingan rakyat Sabah terjejas oleh perbuatan mana-mana pemimpin sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *