Durian Dalit dan Sukang Mendapat Sambutan Hangat di Sabah

Kota Kinabalu: Durian liar mendapat sambutan cukup hangat dikalangan peminat buah durian di sini walaupun ia tidaklah semanis jenis-jenis durian komersial yang biasa ditanam.

Durian liar ini yang dikenali dalam bahasa Kadazandusun sebagai sukang (durian merah) atau dalit (durian jingga/merah), banyak didapati di kawasan pedalaman dalam negeri ini.

Walaupun tidak sepopular durian putih yang biasanya dikomersialkan, durian liar ini masih mempunyai peminat tersendiri, yang antaranya sanggup membayar harga yang tinggi.

Penjual durian, Hasril Habir berkata durian merah sukang, yang mempunyai duri yang agak panjang, dan dalit boleh dijual pada harga RM25 sekilo, iaitu lebih tinggi daripada jenis durian biasa yang selalunya berharga dalam lingkungan RM15 – RM20 sekilo.

Walaupun begitu, jenis durian musang king masih merupakan jenis yang paling digemari, dan boleh mencecah harga RM50 sekilo.

 “Selain daripada penduduk Sabah, kebanyakan pembeli durian dalit atau sukang adalah pengunjung dari Brunei” katanya yang menambah bahawa jenis durian sukang dan dalit ditanam dalam kuantiti yang kecil. Terdapat lebih kurang 12 jenis durian liar di Sabah.

Suri rumah Mimie Sanjis, 39, berkata beliau amat gemar memakan durian dalit kerana rasanya yang agak unik dan tersendiri.

“Saya tidak dapat mengungkapkan rasanya dalam kata-kata, tetapi tesktur dan rasanya yang berlainan adalah antara sebab mengapa saya amat mengemarinya berbanding dengan jenis durian lain” katanya.

“Bagi saya, ia tidaklah mengenyangkan berbanding dengan durian lain seperti durian kuning atau durian putih, oleh itu kita boleh makan lebih,” tambahnya.

(Artikel penuh dalam bahasa Inggeris di sini. Foto ihsan the star)

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *