Kumpulan Perkauman Melampau di Facebook Menghina Bangsa Jati Sabah

Sebuah kumpulan Facebook perkauman yang dinamakan Anti Momogun Racist – YM Sultan Sabah Al Tiram┬ámuncul baru-baru ini dengan menggunakan gambar Esmail Kiram sebagai gambar profilnya.

Maklumat dalam laman tersebut berbunyi: “Sy Sultan Sabah Al Tiram aka Pembuat Page Anti Momogun Racist bangsa haram Jadah berharap Rakyat jelata Sihat2 sja Sila LIKE dan sebarkan page ne TQ”
Kumpulan tersebut secara terang-terangan cuba meniupkan api perkauman dan kebencian di kalangan bangsa KadazanDusunMurut (KDM) dengan memanggil “bangsa sebagai bangsa pemabuk” dan “bangsa pendatang dari China dan Mongolia” antara lainnya.
Setakat ini, kumpulan tersebut mempunyai 32 orang pengikut.

“Sultan Tiram” tersebut galak mencari ruang untuk membangkitkan rasa marah rata-rata rakyat berbilang kaum negeri ini.

Walaupun mendapat komen marah kebanyakan pengunjung kumpulan tersebut, adalah jelas bahawa inilah yang dikehendaki oleh pemilik yang dipercayai seorang pendatang asing tanpa izin yang baru mengecapi teknologi internet dalam Facebook.

Perkongsian laman ini melalui komen hanya akan memberi publisiti murahan kepadanya. Oleh itu adalah wajar agar kumpulan itu dilaporkan kepada pihak Facebook sebagai laman sentimen perkauman berdasarkan kepada langkah-langkah di bawah:

1. Report Page

2. I don’t think it should be on Facebook

3. It’s hate speech

4. A race or ethnicity

5. Submit to Facebook for review

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *