Benarkah Ia Konspirasi Pembunuhan Dan Pengkhianatan?

harris pengkhianatKOTA KINABALU, 9 Ogos 2015: Sebuah Page Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) telah berkongsikan satu pos yang kontroversi didalam Page mereka berkaitan dengan sebuah gambar yang memaparkan empat orang sahabat baik dalam memperjuangkan nasib bangsa Sabah ditahun 1970an tetapi telah dikhianati oleh salah seorang daripadanya.

Empat orang tersebut jelas kelihatan didalam gambar adalah Chong Thain Vun, Datuk Harris Mohd Salleh, Tun Fuad Stephen dan Peter Mojuntin (dari kiri ke kanan) di rumah Peter Mojuntin pada zaman awal penglibatan mereka dalam politik.

Gambar tersebut telah menunjukkan Datuk Harris Mohd Salleh sebagai seorang disyaki yang telah mengkhianati perjuangan untuk memartabatkan bangsa Sabah malah dipercayai terlibat didalam komplot untuk membunuh mereka melalui satu insiden iaitu Tragedi Double Six. Didalam gambar tersebut juga, terdapat mesej yang tertera dengan bacaan seperti berikut;

“Harris telah membunuh rakan-rakan seperjuangannya dalam komplot Tragedy Double Six. Daripada empat orang ini, harris sahaja yang masih hidup sehingga sekarang. Dia telah menyerahkan minyak & gas serta labuan. Malah bersetuju menurunkan status “Negara” sabah kepada “negeri”. Dia juga Dalang Projek IC Sabah”

Pihak admin page tersebut juga telah menulis satu mesej yang ringkas untuk menerangkan keadaan yang berlaku pada waktu tersebut. Mesej tersebut adalah seperti dibawah;

Mungkin ada yang takut untuk membuka mulut dan untuk sebab itu, biar pihak kami yang berbicara. Sila lihat gambar ini. Keempat-empat mereka merupakan sahabat baik dan dikatakan sebagai abang dan adik. Mereka juga pejuang Kebangsaan Negara Sabah. malaya tidak mampu mengganggu bangsa Negara Sabah secara langsung.

Apatah lagi minyak dan gas. Walaupun mereka digunakan untuk menumbangkan Tun Mustapha kerana keengganannya untuk menyerahkan minyak, apabila mereka memegang kerajaan, mereka juga sedar sebab-sebab apa Tun Mustapha tidak mahu menyerahkan minyak tersebut.

Komplot untuk menghapuskan Pejuang-pejuang ini telah dilakukan atas kesepakatan malaya dan barua (pengkhianat) bangsa negara Sabah iaitu harris salleh.

Selepas misi konspirasi pembunuhan berjaya dilakukan dengan cara “semula jadi (konon)” tetapi yang sebenarnya, bom telah dipasang dan meletup diudara sebelum mendarat (BUKAN terhempas), harris salleh telah menjadi Ketua Menteri, dia telah menyerahkan hak minyak & gas 2 minggu selepas kejadian tersebut tanpa membawa hal ini kepada perbincangan kabinet menteri Sabah. Selepas itu, dia juga telah bersetuju menurunkan status “Negara” kepada “negeri”. Dia juga dalang perlaksanaan Dasar Kabotaj yang menyebabkan peningkatan harga kos hidup di Negara Sabah sehingga membantutkan pertumbuhan ekonomi yang jelas hanya menguntungkan pelabuhan malaya. Dan orang ini juga dalang disebalik projek IC.

“Harris later admitted that he found himself being pushed around by the federal government and he was too young to stand up against the its demands. However, if Tun Fuad was still alive, he may be able to stand up against it because he was more senior and had the respect of the federal government.”

Mengapa orang ini masih hidup sehingga sekarang? Sebab ada sesuatu yang bakal disaksikannya nanti iaitu penghukuman terhadapnya. Keadilan akan dilakukan terhadap mangsa tragedi Double Six.

Sebarkan info ini.

Pos tersebut telah mencatat jumlah share sebanyak 1,183 dan like 1,135.

Terdapat pelbagai reaksi yang dapat dilihat melalui komen yang diposkan didalam pos tersebut dan rata-rata mereka menunjukkan kemarahan kerana tragedi ini tidak mendapat pengadilan yang penuh.

Tragedi Double Six adalah satu tragedi yang telah mengorbankan beberapa kabinet menteri termasuk Ketua Menteri Sabah iaitu Tun Fuad Stephens. Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang daripada Pulau Labuan ke Kota Kinabalu setelah rundingan minyak tidak mencapai kefahaman dengan kerajaan persekutuan. Tun Fuad juga dikatakan ingin membawa perkara ini kedalam perbincangan Kabinet Menteri di Dewan Undangan Sabah (DUN). Namun, tragedi tersebut telah mengakhiri segala perancangan tersebut.

Sepanjang pemerintahan era kerajaan Berjaya, Sabah telah banyak kehilangan hak-hak istimewa. Ini berikutan dengan kepimpinan Datuk Harris Mohd Salleh yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah terlalu tunduk kepada tuntutan dan tekanan Kerajaan Persekutuan sehinggakan hak-hak istimewa yang seharusnya dilindungi telah digadaikan olehnya.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) merupakan satu kumpulan sosial yang beroperasi didalam Facebook sejak tahun 2012 telah mencetuskan kontroversi sehinggakan telah disenarai hitam oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana dikatakan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. SSKM juga dikatakan juga telah berjaya didaftarkan sebagai sebuah NGO di United Kingdom (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) dan dipimpin oleh seorang anak kelahiran Sabah yang bernama Doris Jones dan dibantu oleh seorang anak kelahiran Sarawak, Zurainee Tehek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *